Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Rupa-Rupanya Upah Berdoa Ke Tanah Suci Betul-Betul Berlaku," Reaksi PU Rahmat Selepas Hubungi Pekhidmatan Perantaraan Doa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Rupa-Rupanya Upah Berdoa Ke Tanah Suci Betul-Betul Berlaku," Reaksi PU Rahmat Selepas Hubungi Pekhidmatan Perantaraan Doa

Nampaknya sejak dua tiga hari ini isu perantara bacaan doa di depan Makkah telah menjadi sebutan ramai selepas pendedahan yang dilakukan oleh Pseudoscience Watch tentang sebuah syarikat yang menawarkan bacaan doa di Mekah untuk mereka yang tidak mampu ke sana dengan membayar kepada mereka sebagai perantaraan.

Pendedahan ini membuatkan ramai netizen telah mengecam perniagaan berkenaan di mana rata-rata mereka menyifatkan perniagaan ini sebagai penunggang agama.

Terbaru, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya di mana beliau menyatakan tidak menyangka perkhidmatan ini benar-benar wujud selepas beliau sendiri menghubungi nombor yang disertakan.

Beliau dalam statusnya itu telah memuatnaik sekeping gambar screenshot perbualannya dengan penyedia pekhidmatan doa di tanah suci berkenaan.

Apa yang menarik upah bacaan doa ini siap disertakan promosi harga dimana untuk pelanggan yang 333 orang terawal hanya perlu membayar RM1000 dan mereka selepas itu perlu membayar RM2000 dengan pelbagai pakej ditawarkan.

Hasil pemerhatian kami di laman Facebook berkenaan, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.

Menurut pemilik akaun berkenaan, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana di mana pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.

Apapun, kita tunggu jawapan daripada mereka yang paling pakar dalam hal ini. – Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.