Syor Mansuh JASA Hanya Sandiwara Rafizi – Lokman Adam
KUALA LUMPUR: Syor Rafizi Ramli terhadap penstrukturan semula perkhidmatan awam termasuk memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) disifatkan sandiwara Naib Presiden PKR itu semata-mata.
Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, JASA sebenarnya merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan bagi menjawab segala isu-isu yang dilontarkan ke atas pentadbiran kerajaan hari ini.
“Jelas kerajaan kini adalah Barisan Nasional (BN). Seandainya pakatan harapan dapat menawan Putrajaya, pasti mereka juga akan menggunakan JASA untuk mempertahankan kerajaan.
“Semua tahu, tugas JASA adalah menerangkan serta memberi penjelasan isu semasa yang timbul terhadap kerajaan. Jadi pihak di sana juga pasti menggunakan JASA untuk membela mereka sekiranya mentadbir kerajaan, namun jika mereka hapuskan JASA jadi tidak adalah lagi JASA itu,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Rafizi mengesyorkan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan memansuhkan jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas berkhidmat kepada rakyat tanpa pilih kasih.
Memetik dokumen Belanjawan 2017 (Maksud Bekalan 47 iaitu peruntukan yang diluluskan di dalam Belanjawan 2017 untuk KKM), Rafizi menjelaskan JASA diperuntukkan sebanyak RM22,886,500 pada 2017 berbanding RM22,801,000 yang dianggarkan dibelanjakan pada tahun sebelumnya.
Tambah Rafizi, dari jumlah RM22,886,500 ini, RM5,712,900 adalah perbelanjaan penggajian dan RM17,173,600 adalah perbelanjaan perbekalan,
Dalam pada itu, Lokman yang juga bekas Panel Pemikir JASA menegaskan, isu itu sengaja diadakan untuk tujuan tertentu pihak pembangkang.
Lokman yang berkhidmat selama tujuh tahun di JASA juga menjelaskan, tidak timbul langsung isu JASA menjadi alat kepada parti pemerintah hari ini.
“Pembangkang juga akan menggunakan JASA sebagai medium penerangan serta penjelasan kepada rakyat jika mereka berkuasa, namun peluang untuk memerintah negara itu nampaknya tidak ada kepada mereka.
“Semua sedia maklum sifat pemimpin PKR yang hanya tahu cakap dan tidak melaksanakan. Rafizi sendiri seperti cuba mendiamkan mana-mana pihak yang cuba mempertikai hujahnya.
“Banyak isu yang dibangkitkan Rafizi dapat dipatahkan dengan hujah-hujah fakta sekali gus membuktikan pembohongannya sendiri, jadi Rafizi sebenarnya takut banyak lagi pendedahan JASA yang akan membuktikan pembohongannya,” ujarnya.
Tegas Lokman, Rafizi hari ini semakin bimbang pembohongannya akan didedahkan dan jalan singkat yang diambil adalah mempengaruhi masyarakat dengan menabur persepsi negatif terhadap JASA.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment