Skor Penanda Aras CPU AMD Ryzen Tertiris Ke Arena Web
Skor penanda aras biasanya tidak menunjukkan prestasi sebenar sesuatu peranti ataupun komponen, akan tetapi, ia merupakan perbandingan yang agak bagus di antara dua produk yang berbeza. Ini juga membolehkan pengguna membuat keputusan yang bijak sebelum membeli sesuatu peranti teknologi.
Terkini, skor perbandingan penanda aras di antara siri CPU AMD Ryzen dan siri CPU Intel Core telah tertiris ke arena web. Skor penanda aras ini di dapati daripada sebuah CPU utama terbaru AMD, iaitu AMD Ryzen R7 1700X, menggunakan perisian Passmark yang disahkan. Ia dijangka diumumkan secara rasminya pada bulan Mac ini.
Komponen-komponen yang dilakukan untuk ujian penanda aras ini pula termasuklah sebuah papan induk AM4 yang tidak boleh di-overclock dan juga RAM sebanyak 16GB.
Berdasarkan spesifikasi ini, ujian penanda aras Passmark menunjukkan skor yang sangat menarik untuk CPU AMD Ryzen ini. Beberapa jenis ujian dilakukan, termasuklah ujian integer, nombor perdana, susunan data, penyulitan compression, floating point performance dan ujian fizik.
Dalam ujian-ujian ini, CPU AMD Ryzen didapati dapat menandingi pesaing dari terhebat dari Intel, Intel Core i7-6900K dalam lima jenis ujian, dan jika dibandingkan dengan Intel Core i7-5960X, CPU R7 1700X didapati lebih berkuasa dalam ke enam-enam ujian tersebut.
Walaupun begitu, dalam ujian single-thread, didapati bahawa hanya cip pemprosesan Kaby Lake, Intel Core i7-7700K yang mendapat skor lebih tinggi.
Apa pun, ujian penanda aras yang dilakukan ini masih menggunakan CPU yang masih dalam peringkat pengujian. Nombor-nombor ini menunjukkan bahawa AMD berada di landasan yang tepat untuk memberi Intel saingan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l7rR1v
Post a Comment