Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Tahan Pengurus Besar Agensi Kerajaan Bantu Siasatan Kes Salah Guna Kuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Tahan Pengurus Besar Agensi Kerajaan Bantu Siasatan Kes Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengurus besar dari sebuah agensi kerajaan hari ini kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memberikan lebih 50 projek bernilai hampir RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya.

Suspek berusia 62 tahun itu ditangkap menerusi satu operasi yang dilancarkan SPRM pada jam 11 pagi hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua syarikat milik isterinya itu masing-masing ditubuhkan pada 2010 dan 2015.

Jelas sumber, suspek yang ditangkap di pejabat beliau pada jam 11 pagi tersebut didapati telah menyalahgunakan kedudukannya sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar di agensi kerajaan berkenaan dari tahun 2014 hingga 2016, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar pada September tahun lalu.

Menurut sumber lagi, suspek juga dipercayai telah terlibat secara langsung dalam proses perolehan pembekalan sebutharga berdasarkan tatacara perolehan yang ditetapkan oleh agensi tersebut dan juga pegawai yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran kepada syarikat milik isterinya.

Turut ditangkap dalam operasi tersebut ialah isterinya yang berusia 38 tahun.

SPRM telah menggeledah pejabat dan rumah Pengurus Besar berkenaan. Turut digeledah, adalah rumah dan pejabat syarikat milik isterinya yang terletak di Kuala Lumpur.

Tambah sumber, SPRM telah merampas beberapa dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian kerja-kerja kepada syarikat isteri beliau untuk tujuan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya untuk permohonan perintah reman esok.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.