Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Menggunakan Agama Dan Mencemarkan Islam," Kenyataan Rasmi JAKIM Mengenai Perkhidmatan Valet Doa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Menggunakan Agama Dan Mencemarkan Islam," Kenyataan Rasmi JAKIM Mengenai Perkhidmatan Valet Doa

KUALA LUMPUR: Menggunakan agama dan mencemarkan Islam itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengulas kewujudan khidmat valet doa ke tanah suci yang menjadi viral di media sosial ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perkhidmatan valet doa atau upah membaca doa dan hajat di tanah suci berkenaan adalah menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Beliau turut menjelaskan doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT di mana Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada tetapi perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama.

“Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam.” 

“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. “

“Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam” katanya.

Oleh itu beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.,” jelas beliau. – Siakapkeli.my

BACA: “Rupa-Rupanya Upah Berdoa Ke Tanah Suci Betul-Betul Berlaku,” Reaksi PU Rahmat Selepas Hubungi Pekhidmatan Perantaraan Doa





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.