Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rangkuman 5 Berita Utama: 15 Februari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rangkuman 5 Berita Utama: 15 Februari

BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.

Perkhidmatan kiriman doa melalui ‘Valet Doa’ dapat kecaman orang ramai

Satu laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu, Valet_Doa, mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.

Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.

Dapatkan visa yang betul sebelum bekerja di Australia

Suruhanjaya Tinggi Australia mengingatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk bekerja di Australia supaya memastikan mereka mempunyai visa yang betul sebelum berangkat ke negara itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Suruhanjaya Tinggi itu berkata kebanyakan rakyat Malaysia pergi ke Australia menggunakan Autoriti Pengembaraan Elektronik (ETA), bagaimanapun ia sebenarnya adalah untuk tujuan pelancongan dan bukannya hak untuk bekerja di Australia.

PM Korea Selatan yakin Kim Jong Nam dibunuh

Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan kenyataan bahawa abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, iaitu Kim Jong Nam, sememangnya menjadi mangsa bunuh di Malaysia.

Pada masa ini, pihak berkuasa Malaysia telah memindahkan mayatnya ke sebuah hospital lain untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, ujar satu sumber kepada Reuters.

Johor rancang bina lapangan terbang di Mersing

Kedatangan pelancong ke kawasan Mersing yang terletak kira-kira 130 km dari pusat bandar Johor Bahru dijangka bertambah rancak pada masa depan.

Ini berikutan rancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang di daerah terbabit bagi meningkatkan jaringan hubungan di antara Mersing dengan kawasan di sekitarnya.

Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah

Warga Jakarta bakal menggunakan kuasa mereka di peti undi hari ini (Rabu, 15 Februari) yang menyaksikan gabenor kota itu berusaha mempertahankan kedudukannya dalam Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada – Pemilihan Kepala Daerah), ketika pengundi sedang dimomokkkan dengan sentimen menentangnya.

Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, yang masih dalam perbicaraan berkaitan dakwaan menghina al-Quran, berdepan dengan dua pencabar beragama Islam dalam perlumbaan menduduki jawatan nombor satu di bandar raya berpopulasi 10 juta tersebut.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.