Hi! Welcome Back and Stay Tune! THT Benam TNB Thunderbolt Di Kuala Terengganu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

THT Benam TNB Thunderbolt Di Kuala Terengganu

PEMAIN THT, Muhammad Firhan Ashaari (kanan) diasak pemain TNB Thunderbolts, Syarman Mat Tee (kiri) pada aksi perlawanan Liga Hoki TNB Malaysia di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan

KUALA TERENGGANU: Selepas seri dua aksi berturut-turut, Pasukan Hoki Terengganu (THT) menemui semula rentak kemenangan apabila menundukkan TNB Thunderbolt 3-0 dalam saingan Liga Hoki TNB Malaysia (MHL-TNB) di sini, sebentar tadi.

Anak buah Sarjit Singh sebelum ini hanya mampu mengutip dua mata ketika bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sekali gus membolehkan kedudukan teratas dirampas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

Pada babak pertama aksi di Stadium Hoki Batu Buruk sebentar tadi kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan gol, namun Muhammad Firhan Ashari meletakkan tuan rumah di depan menerusi jaringan padang pada minit ke-16.

Jang Jonghyun hampir menggandakan jaringan THT, namun pukulan sudut penaltinya pada minit ke-19 diselamatkan oleh penjaga gol Thunderbolt, Hairi Abdul Rahman.

Pemain import dari Korea Selatan itu sekali lagi gagal manfaatkan peluang keemasan apabila kempunan menghasilkan jaringan selepas dihadiahkan pukulan penalti strok pada minit ke-30.

Peluang terbaik Thundebolt untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit 48 menerusi Mohammad Akhimullah Anuar Esook, namun pukulannya tinggi melepasi pintu gol tuan rumah.

Gol kedua THT terhasil menerusi jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil yang menerima hantaran Valentin Verga minit 56.

Dua minit sebelum permainan tamat, Nicolas Enrique Della Torre mengesahkan kemenangan THT dengan jaringan padang sekali gus menekan KLHC.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.