Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Negara Di Asia Ini Jadi Contoh Pada Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Negara Di Asia Ini Jadi Contoh Pada Dunia

Membentuk negara maju dari aspek mentaliti masyarakat dan pembangunan menjadi harapan setiap negara di seluruh dunia.

Namun, segala perancangan ini juga bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin setiap negara itu untuk memperlihatkan usahanya ke arah mencapai wawasan berkenaan. Sebagai contoh, tiga negara jiran Malaysia iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia mempunyai contoh terbaik terhadap usaha yang mereka lakukan yang boleh dicontohi negara lain.

Di negara Kota Singa, sejak kematian Pengasas Singapura Moden, Lee Kuan Yew, wujud pelbagai cerita mengenainya yang dibangkitkan sejak awal pembabitan pemimpin itu dalam arena politik dalam beberapa dekad lalu.

Namun, itu semua tidak mematahkan semangat warga Singapura terhadap Lee untuk terus menyanjungi beliau sebagai pemimpin terhebat setakat ini.

Fakta menunjukkan Lee berjaya membuktikan kredibilitinya sebagai pemimpin utama sebuah negara Republik apabila mampu mengawal situasi politik di negaranya. Atas ketegasannya mengekalkan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), keadaan politik di Singapura bergerak sangat teratur.

Tidak dinafikan wujud pihak-pihak pembangkang di Singapura yang bertindak mengkritik pentadbiran kerajaan Lee seperti normalnya negara-negara dunia lain.

Mendian Lee Kuan Yew bersama isteri dan anaknya, Lee Hsien Loong

Menariknya, gerakan-gerakan pembangkang di Singapura dilihat amat bijak mengendalikan isu-isu politik dan ketaatan kepada pemimpin mereka. Mereka masih mengkritik kerajaan Lee tetapi pada masa sama, mereka masih mengutamakan kehormatan pada tampuk pemerintahan utama.

Ini ditunjukkan sewaktu kematian Lee, rakyat Singapura bersatu menunjukkan kecintaan mereka terhadap mantan Perdana Menteri Singapura itu. Walaupun selepas Lee meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura, beliau masih diangkat menjadi penasihat pentadbiran negara dan suara serta pandangan beliau masih dihormati sama seperti Lee masih menjadi pemimpin nombor satu negara itu.

Tidak timbul rasa untuk mengetepikan Lee biarpun Pemimpin Singapura sudah dua penggal bersilih ganti. Beliau tetap hebat di mata warga Singapura. Kehebatan semangat perpaduan dan kecintaan warga Kota Singa terhadap Lee Kuan Yew, Pengasas Singapura Moden memang tiada tandingnya.

Rakyat taat pada satu pemimpin

Berbeza pula Brunei Darussalam yang menjadi sebuah negara Islam terhebat di Asia Tenggara.

Di bawah pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah, konsep taat kepada seorang pemimpin berjaya membentuk rakyatnya supaya taat dan hormat kepada raja.

Menariknya, Brunei tidak seperti kebanyakkan negara Asia lain kerana tidak ada satu pun parti politik yang bertapak di Brunei. Sememangnya tertumpu kepada seorang Raja dan satu suara. Brunei antara negara Islam yang telah melaksanakan hukum Hudud sepenuhnya dan keputusan Sultan Hassanal Bolkiah dipersetujui dan dihormati warga Brunei.

Sultan Hassanal Bolkiah

Tiada bantahan dan tentangan bahkan sikap bertolak ansur pemimpin utama negara itu telah menjadi tonggak utama kepimpinan baginda disanjung ramai.

Rendah diri dan bertolak ansur. Itulah pandangan warga Brunei terhadap pemimpin mereka sehingga bersatu menzahirkan rasa cinta mereka terhadap Sultan yang satu yang dizahirkan dengan penuh rasa kehormatan. Sanggup bersama rakyat, Sultan Hassanal Bolkiah pernah dilihat turun daripada kereta untuk mengawal keadaan lalu lintas di Brunei yang sesak ketika itu.

Betapa zuhudnya pemimpin Brunei Darussalam yang membuatkan rakyatnya terus menyanjungi baginda sehingga kini.

Brunei Darussalam, biarpun sebuah negara yang kecil tapi masih berkembang maju meninggalkan negara-negara Islam di Asia yang lain kerana mempunyai matlamat yang tepat dalam melaksanakan hukum Allah.

Kuasa rakyat tentukan pemimpin

Biarpun sudah tujuh presiden bersilih ganti, ia tetap menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara Republik yang mempunyai perpaduan suara rakyat dalam memilih pemimpin pilihan mereka.

Dibandingkan dengan negara jirannya, ternyata Indonesia jauh ketinggalan dari sektor pendidikan dan pekerjaan tetapi apa yang menarik, warga Indonesia mempunyai satu semangat luar biasa apabila menentang pemimpin yang mereka rasakan tidak sesuai mentadbir Republik Indonesia.

Bahkan sejarah di Indonesia telah menunjukkan sewaktu pemerintahan Sukarno, Bapa Kemerdekaan Indonesia, raja dan sultan telah digulingkan oleh rakyat diatas perpaduan yang mereka bina bersama. Dengan sebulat suara, Indonesia diiktiraf menjadi Republik Indonesia dalam berpandukan pada seorang pemimpin iaitu, presiden.

Bermula dari Sukarno, Suharto, Habibi, Gusdur, Megawati Suekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono, dan kini Joko Widodo, kesemuanya dilihat mempunyai zaman pemerintahan berbeza. Misalnya zaman pemerintahan Sukarno antara zaman yang dilihat amat mega sekali melalui jumlah sokongan yang diterima dari warganya, diikuti dengan Suharto yang membawa konsep ‘militari’ pada era pemerintahannya.

Pemerintahan Habibi yang hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja telah jelas membuktikan bahawa sokongan rakyat Indonesia pada pemimpin mereka tiada henti dan seterusnya tetap melalui era kegemilangan masing-masing.

Mereka tiada masalah siapa saja yang menjadi pemimpin Republik Indonesia.

Jika mereka bersatu, ibarat tidak ada bah boleh meruntuhkan kesatuan mereka dan jika mereka bangkit menentang, maka amat diyakinilah sebuah kerajaan biarpun berdekad lamanya akan runtuh juga.

Tiga contoh negara di Asia Tenggara inilah yang perlu diikuti dari aspek taat setia kepada pemimpin, negara dan bangsa.

Bahkan perpaduan dan kesatuan yang luar biasa telah menunjukkan bahawa tiga negara ini telah dididik dengan amat baik kerana adanya satu kefahaman dalam mentaati satu suara, biarpun tinggal memegang gelaran ‘mantan’ seperti Singapura.

SumbermD

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nI1KSq

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.