“Bang, Itu Seat Saya” – Lelaki Kongsi Pengalaman Pahit Naik Malindo Air Setelah Seat Dihijack Penumpang Lain
Masuk dalam flight malindo air disambut oleh pramugari. Mak aii punyalah ‘seksa’ dress dorang. Takpa, iman abam zek masih kuat. Tp haritu mood memang tak brapa baik sb aku tertinggal kad bank dirumah. Dalam poket hanya ada 125 ringgit saja.
Mencari-cari seat 21F. Seingat aku seat tu tepi tingkap. Mesti menarik. Tgk2 ada org duduk kat seat tu. “Aslm bang, itu seat saya,” sapa aku. Eh dia buat tak tahu je. Aku bercakap sorg kah.
“Hii miss, 21F is my seat but someone had taken my seat,” aku maklumkn pd pramugari.
“Hi… If u don’t mind, U can sit anywhere u like, sir.” Balas pramugari.
Memandangkn agak kesian kat abang yg ambik seat aku sb dia riba anak. Jadi aku mencari-cari seat lain. Nampaknya hampir penuh. Dapatlah satu seat roll sebelah. Ada orang lain datang dan minta aku alih sebab itu seat dia. Aku terpaksa alih 3 kali. Aku rasa macam terganggu juga. Bajet naik flight nak tidur kejap memandangkan waktu tidur aku memang tak cukup. Petang nanti nak masuk kerja pula.
Rasa dah selesa, aku cuba nak tutup mata dan lenakan diri. “Encik! Boleh bangun kejap tak, ada org kt sebelah perlu tukar sb dia riba anak kecil,” permintaan pramugari sekali lg. difahamkan seorang perempuan sebelah abang td juga riba anak. Dorang suami isteri. Pramugari kata tak blh riba anak dlm roll yg sama. Aku rasa depa ni satu keluarga kot. Terus ambik 2,3 roll seat. Sendiri2 tukar ikut sedap. Aku yg jadi mangsa beralih 3 kali.
Setelah pramugari suruh aku bangun buat kali ke 4, aku terus meletop. “Hai korang ni, nak tukar tempat duduk jangan lah menyusahkn org. Masa beli tiket kan dorg dah susun cantik2. Apahal la yg saya ni pulak yg kena bangun duduk berkali-kali,” suara jeritan aku agak kuat sambil tangan memeluk tubuh. Semua terdiam. Panas juga hati ni.
Masa pramugari nak memasang seatbelt pd orang sebelah sb dia tak pandai, maka tangan pramugari terkena peha aku. “Miss, don’t touch me please!” Mak aii terkeluar dari mulut aku ayat sebegitu. Haha, slow je. Tak pasti dia dengar ke tak. Aku ni susah nak marah org sb aku penyabar. Kalau dah meletop, benda kecik pun aku jadi nak marah.
Dalam penerbangan mengambil masa 1 jam juga dari KB ke KL. Setiba di airport KLIA, lalu seorang wanita duduk di seat roll depan (rasanya adik kepada abang td) bersuara, “encik! Nape nak bising td. Encik yg salah duduk.” Eh dia pulak nak meletop. Agaknya dia pendam 1 jam td. Apa lagi, letopan aku buat kali kedua. “Oii cik, 21F tu seat saya tau. Yang abang ke suami cik duduk tu seat saya.” Balas aku sambil menunjukan tiket.
“Kalu nak naik flight jangan la tukar2 nanti menyusahkn org. Kan dia dah susun cantik2. Awak ni tak pernah naik flight ke? Jange la darak sangat mung ni. Malu la skit wei.” Letopan boomm aku memecah kesunyian dlm flight malindo air.
Rasonyo tok rajin lagi ambo maroh gini dale kapa terbe. Tubik slalu bahaso kelate ambo. Nasib baik pramugari ada, tenang sikit aku.
Ulasan:
1. Jangan sesekali ganggu atau kacau aku nak tidur sb masa tidur aku sangat terhad dlm 2-3 jam sahaja sehari.
2. Jangan buat aku marah secara berganda. Aku ni penyabar tp ada hadnya juga. Jika meletop susah nak control.
3. Nak hidup jangan menyusahkan orang.
4. Tolong ikut polici dan peraturan dimana jua anda berada. Jange jadi darak sangat. Pls!
5. Belajar dan amalkanlah ucapan terima kasih jika ada org dah tolong atau kita ni dah ambil hak org.
6. Jika dah salah tu terima saja kesalahan. Dan perlu minta maaf.
7. Jangan sesekali menyentuh aku jika aku dalam keadaan marah okay. Tak kira siapa kamu. Pls!
*8. Malindo air tak salah tp penumpang tu yg tak ikut peraturan. Great services from Malindo Air, indeed [baru edit sb ada org sound via pm]. Tp nak tegur skit pakaian pramugari. Belah kain tu jangan tinggi sangat dan butang baju biar sampai atas. Ini sekadar teguran ya. Otherwise, lain2 memang terbaik!
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment