Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video), Harith Iskander, Yuna, Zizan Dan Siti Nordiana Bergabung Bintangi Filem Baru? Video Tersebar Papar Selebriti-Selebriti Itu Pakai Baju Watak Adiwira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video), Harith Iskander, Yuna, Zizan Dan Siti Nordiana Bergabung Bintangi Filem Baru? Video Tersebar Papar Selebriti-Selebriti Itu Pakai Baju Watak Adiwira

[embedded content]
Video diatas telah tersebar di internet sejak beberapa hari lalu sekaligus membawa kepada desas-desus selebriti-selebriti terkemuka tanah air iaitu, Zizan Razak, Yuna  Harith Iskander dan Siti Nordiana bakal bergabung untuk membintangi sebuah filem baru.
Video tertiris itu dimuat naik di Youtube pada 20 Mac oleh seorang Youtuber bernama Roziari Yacob. Di kapsyen video terbabit, Roziari menulis: “Bila release? Yuna, Harith, Zizan dan Siti Nordiana all in one movie!“.
Dipercayai, video terbabit dirakam ketika dalam proses suntingan dalam studio.
Video berdurasi lapan saat itu memperlihatkan keempat-empat selebriti berkenaan mengenakan kostum seperti dalam filem-filem adiwira.
Salah satu dari selebriti yang ada dalam video terbabit adalah penyanyi tempatan yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna. Jika benar klip tersebut dari sebuah filem, ini merupakan kali pertama Yuna berlakon untuk filem.

Selain Yuna, video terbabit turut merakamkan penyanyi, Siti Nordiana, yang dilihat bergaya ala-ala watak Storm dalam filem adiwira X-Men. Zizan pula masih mengekalkan gaya trademarknya seperti dalam filem Cicakman.

Watak Storm yang dimainkan Halle Berry
Tapi Harith Iskander tak boleh disamakan dengan watak adiwira-adiwira lain. Selepas memenangi gelaran ‘The Funniest Person in The World’ baru-baru ini, beliau sudah mempunyai karakternya tersendiri. Bagaimanapun melihat Harith Iskander dalam filem adiwira adalah sesuatu yang baharu.

Jadi, apa kata kita boleh namakan sahaja wataknya sebagai ‘Prof. Iskander’? Sesuai dengan kepala botak ala-ala professor.

Harith Iskander di dalam video tertiris itu.
Apa yang mencetus persoalan sekarang adalah bila cerita ini akan dikeluarkan atau sekurang-kurangnya keluarkanlah sedikit hebahan mengenainya.

Ya, kami tak sabar nak tengok keempat-empat selebriti itu bergandingan memainkan watak adiwira dalam filem ini, lagi-lagi Harith Iskander.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMnr4f

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.