Hi! Welcome Back and Stay Tune! 195, 000 rebut peluang miliki Rumah Impian Bangsa Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

195, 000 rebut peluang miliki Rumah Impian Bangsa Johor

Sebanyak 195,000 permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) Yayasan Sultan Ibrahim diterima setakat jam 7 petang tadi.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, permohonan masih lagi dibuka kepada semua rakyat negeri ini, secara dalam talian.

“Sebanyak 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa Johor sehingga jam 7 petang tadi.

“Saya terharu dengan maklumbalas yang diterima,” katanya mengesahkan jumlah permohonan yang diterima di sini hari ini.

Kamaruzzaman berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut bertitah baginda amat berbesar hati dengan kehadiran rakyat Johor yang di luar jangkaan pada majlis pra pelancaran RIBJ petang tadi.

Katanya, Sultan Ibrahim turut mengingatkan rakyat untuk tidak mempercayai mana-mana pihak yang mendakwa boleh mendapatkan RIBJ menerusi saluran lain, selain permohonan hanya dibuat menerusi http://ift.tt/2mT7oh3.

Selain itu, baginda Tuanku turut bertitah hanya mereka yang benar-benar layak menerusi proses saringan dan pemilihan yang ketat sahaja akan dianugerahkan dan boleh memiliki RIBJ.

Terdahulu, ribuan rakyat Johor hadir menyaksikan majlis pra pelancaran RIBJ berlangsung di pusat beli belah Galleria@Kotaraya, di sini, yang disempurnakan oleh sendiri Sultan Ibrahim petang tadi.

Projek itu bermula hasil cetusan idea Sultan Ibrahim bagi membantu rakyat yang masih belum memiliki rumah dengan RIBJ.

Sebanyak 1,840 unit RIBJ disediakan kepada rakyat di negeri ini, yang masih belum mempunyai kediaman sendiri.

Kesemua unit kediaman yang ditawarkan dengan harga antara RM80,000 hingga RM420,000 itu akan dibina di tiga kawasan berbeza meliputi Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana.

The post 195, 000 rebut peluang miliki Rumah Impian Bangsa Johor appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nb3BfS

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.