Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serangan Westminster: Penyerang Warga British, Dikenali Unit Risikan – May - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serangan Westminster: Penyerang Warga British, Dikenali Unit Risikan – May

LONDON: Penyerang yang melakukan serangan maut di bangunan Parlimen pada Rabu dilahirkan di Britain dan memang dikenali perkhidmatan perisikan, kata perdana menteri Theresa May.

“Saya mengesahkan bahawa lelaki itu adalah kelahiran Britain dan beberapa tahun lalu dia pernah disiasat oleh MI5 berhubung dakwaan keganasan,” katanya kepada ahli Parlimen.

“Peranannya kurang penting,” katanya.

“Kes ini bersejarah, dia bukan dalam senario perisikan semasa.”

Beliau berkata tiada sebarang risikan berhubung niat dan juga perancangannya.

“Identitinya akan didedahkan setelah diberi kebenaran,” katanya.

Polis menahan lapan orang dalam siasatan ke atas penyerang yang membunuh tiga orang termasuk seorang anggota polis dan mencederakan 40 yang lain sebelum ditembak mati ketika cuba untuk memasuki bangunan Parlimen.

Andrew Parker, Ketua Pengarah perkhidmatan perisikan domestik MI5, sebelum ini berkata operasi agensi itu digerakkan sepenuhnya bagi menyokong pasukan polis.

“Kami berganding bahu dengan rakan pasukan polis, bersedih atas kehilangan seorang anggota mereka, namun menyanjung tinggi tahap profesionalisme yang ditunjukkan,” katanya dalam satu kenyataan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nV0tVm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.