Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mukhriz Dicabar Berdebat Tentang 'harta' Miliknya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mukhriz Dicabar Berdebat Tentang 'harta' Miliknya

POKOK SENA: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar untuk berdebat mengenai kekayaan dimilikinya sehingga membolehkan beliau menjadi jutawan dengan aset berbilion ringgit.

Cabaran itu disuarakan bekas Pegawai Khas Politiknya, Haris Che Mat yang mengesahkan akan turun berdebat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam yang juga bekas Menteri Besar Kedah itu mengenai topik berkenaan.

“Saya ingin menjemput Datuk Seri Mukhriz berdebat mengenai perkara bagaimana beliau boleh menjadi seorang multi-bilionaire dalam masa yang begitu singkat.

“Saya serta orang ramai khususnya ingin tahu sama ada beliau menjadi kaya raya atas usaha sendiri atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas lanjut, Haris yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Pokok Sena berkata beliau mahu sesi debat itu diadakan sebelum bulan Ramadan atau hujung Mei nanti dan dianjurkan di dalam Parlimen Jerlun.

“Seingat saya Datuk Seri Mukhriz bukan dari keturunan hartawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Taman Bunga Sena, di sini, pada Khamis.

Haris berkata sebagai seorang bekas pegawai, beliau mempunyai rahsia selain maklumat yang cukup mengenai kekayaaan dimiliki Mukhriz jika bekas menteri besar itu cuba memutarbelitkan fakta pada hari perdebatan itu nanti.

“Saya tidak mendedahkan fakta itu sekarang sebaliknya hanya akan mendedahkan segala bukti kekayaan bekas bos saya itu pada hari debat itu kelak,” katanya.

Tambahnya, sudah tiba masa Mukhriz yang disifatkannya sebagai ‘sangat kaya’ mendedahkan faktor kekayaannya berikutan selama ini pembangkang hanya mempertikaikan kemewahan dimiliki pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi saya ia adalah tidak logik bagi Mukhriz memiliki kekayaan membabitkan aset dalam dan luar negara hanya melalui warisan daripada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Selain itu, katanya, kekayaan Mukhriz juga wajar dipertikaikan berikutan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya memegang jawatan politik penting dalam BN tidak sampai tempoh 10 tahun sebelum ini.

Sebelum ini, Mukhriz juga pernah dicabar supaya tampil bersumpah dengan al-Quran bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai usaha pihak tertentu untuk mensabotaj tawaran awam permulaan (IPO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain menafikan tuduhan mahu menjadi perdana menteri dengan laluan mudah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8NuyH

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.