Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Berumur 69 Tahun Dukung Anak Yang Lumpuh Sejak Berusia 3 Tahun Kemana Saja Mereka Pergi Kerana Bimbang Akan Keselamatan Anaknya Itu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Berumur 69 Tahun Dukung Anak Yang Lumpuh Sejak Berusia 3 Tahun Kemana Saja Mereka Pergi Kerana Bimbang Akan Keselamatan Anaknya Itu

Biarpun di usia yang tua dan semakin uzur, Julieta Lorenzo masih menggagahkan diri mendukung anaknya yang cacat kemana sahaja mereka pergi dari rumah mereka di Barangay Bolo, Roxas City.

Minggu lepas, seorang pengguna Facebook, Gilbred Cargason Alsagon Jr. memuat naik kisah menyayat hati ibu tua itu di Facebook yang enggan menerima bantuan dari pengawal keselamatan untuk mendukung anaknya yang berusia 30 tahun itu.

Foto dan video kejadian itu dirakam di sebuah Bank di Filipina ketika ibu tua itu pergi untuk mengambil duit pencennya yang berjumlah 1200 Peso (RM278).

Menurut Gilbred, anak Julieta tidak mampu bercakap, berjalan mahupun berdiri. Disebabkan itu, Julieta perlu mendukungnya setiap kali mahu bergerak keluar ke mana-mana.

Tambah Gilbred lagi, kedua-dua Julieta dan anaknya, Mary Jane, itu mengalami kesukaran untuk berjalan lebih-lebih lagi kerana rumah mereka berada di laluan berhutan dan berbukit. Setiap bulan, mereka akan datang ke bank itu untuk mengutip duit pencen.

Laluan ke rumah Julieta

“Anaknya lumpuh sejak berusia tiga tahun. Mereka berdua tinggal bersendirian dan nenek Julieta perlu mendukung anaknya setiap kali dia perlu ke bandar kerana risau anaknya itu akan dicabul jika tinggal bersendirian.” kata Gilbred.

Gambar yang dimuat naik oleh Gilbred itu telah dikongsi lebih 37,000 kali dan video yang dimuat naik oleh beliau ditonton lbeih 3.5 juta kali.

Dalam masa yang sama, Gilbred meminta mereka yang lebih berkemampuan agar menderma kepada keluarga Julieta.

Sumber: inquirer.net

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nGKyNc

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.