Pembangkang, Media Kemuka Rayuan Larangan Liputan Di Lobi Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Pembangkang dan wakil media hari ini mengemukakan rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menarik semula larangan membuat liputan di lobi Dewan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan surat yang memohon pihak Dewan Rakyat menarik balik larangan berkenaan supaya memudahkan wartawan untuk membuat liputan di lobi Parlimen.
“Kami (Pembangkang) mohon agar Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menimbang keputusan larangan terhadap wartawan.
“Kedua, kami mohon buat konsultasi di antara pihak media dengan Dewan Rakyat,” katanya.
Sementara itu, sekumpulan petugas media di Parlimen mengemukakan satu petisyen agar Pandikar mempertimbangkan semula larangan tersebut.
Petisyen yang ditandatangani 70 petugas media itu terdiri daripada wartawan, jurukamera dan jurufoto daripada pelbagai agensi media.
“Pihak kami sangat menghormati keputusan yang dibuat pihak Tan Sri, namun pihak kami kurang jelas tentang kenyataan Tan Sri yang menyatakan bahawa kami menimbulkan ancaman keselamatan serta mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli Parlimen.
“Kami percaya mendapat akses kepada para penggubal undang-undang merupakan satu kelebihan dan keunikan yang membolehkan para pengamal media untuk bertemu serta menjalankan tugas mereka sebagai pengantara maklumat kepada masyarakat.
“Kami merayu kepada pihak Tan Sri agar dapat mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat,” kata mereka.
Kesemua petugas media berharap surat jawapan akan diperoleh pada Selasa minggu depan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUJGSs✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment