Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kampung Desa Digital Akan Diwujudkan, Bantu Usahawan Luar Bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kampung Desa Digital Akan Diwujudkan, Bantu Usahawan Luar Bandar

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewujudkan Kampung Desa Digital bagi meningkatkan tahap capaian internet di kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu akan dapat membantu usahawan luar bandar meluaskan perniagaan dalam talian mereka.

“Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk kita lancarkan bersama nanti Kampung Digital bertujuan meningkatkan capaian internet di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Bicara Komuniti TN50, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pelancaran inisiatif berkenaan hanya akan diumumkan selepas perbincangan lanjut diadakan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Jelasnya, kesukaran memasarkan produk adalah isu paling besar dihadapi usahawan luar bandar ketika ini.

Justeru melalui Kampung Desa Digital, ia diharap dapat meluaskan rangkaian perniagaan mereka dan seterusnya membolehkan produk dipasarkan melalui usaha meningkatkan capaian internet.

“Kampung Desa Digital ini lebih kepada internet penetration sebab kita cakap soal perniagaan dalam talian. Kita telah buat kursus usahawan desa melalui online, tetapi kalau tiada internet, tiada makna juga.

“Ini kerana isu besar luar bandar ialah isu memasarkan produk. Dalam hypermarket, (mereka) sukar untuk masuk walaupun kerajaan sudah mensyaratkan 30 peratus produk dalam hypermarket itu mestilah (produk) usahawan tempatan,” ujarnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUpCPS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.