Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Malaysia Menghabiskan Masa Secara Purata 148 Minit Sehari Menstrim Spotify - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Malaysia Menghabiskan Masa Secara Purata 148 Minit Sehari Menstrim Spotify

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular – mendahului pelbagai pesaing lain, termasuk Apple Music. Terkini, pihak Spotify Malaysia berkongsi beberapa statistik menarik mengenai penggunaan Spotify dikalangan pengguna Malaysia.

Menurut Spotify, satu daripada 4 pengguna dengan akses internet di Malaysia kini menstrim Spotify. Ini sekaligus membuatkan angka pengguna Spotify di Malaysia agak tinggi – apatah lagi dengan pelbagai promosi syarikat telekomunikasi untuk data penstriman, selain kad prabayar Spotify sendiri yang dijual di kedai.

Spotify 7E

Secara purata, selama 148 minit sehari digunakan oleh pengguna tempatan untuk menstrim Spotify, dan selama 12 bulan lepas, pengguna Malaysia telah menstrim muzik selama 7.5 bilion minit melalui Spotify.

Spotify turut mengatakan pengguna Malaysia paling kerap menstrim perkhidmatan berkenaan antara pukul 4 petang hingga 5 petang, dan genre yang popular dikalangan pengguna tempatan adalah Pop, Hip Hop dan EDM/Dance.

Dengan lebih 2.9 bilion lagu yang telah distrim pengguna tempatan selama 12 bulan lepas, kita mungkin akan melihat perkhidmatan penstriman muzik ini terus berkembang pesat di Malaysia.

Bagi anda, adakah anda merupakan pengguna Spotify? Apakah ciri khusus yang anda ingin lihat pada perkhidmatan berkenaan?

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ngGh26



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.