Kini Anda Boleh Tag Rakan Pada Mesej Berkumpulan Di Facebook Messenger
Facebook hari ini menambah dua ciri baru pada perkhidmatan permesejan mereka, iaitu Facebook Messenger. Yang pertama adalah sokongan reaksi – membolehkan anda memaparkan suatu reaksi seumpama yang terdapat pada Facebook, tetapi ini untuk sesuatu mesej individu.
Facebook mengatakan melalui sokongan reaksi ini, ia memudahkan lagi pengguna berinteraksi dan memberikan jawapan pantas. Sebagai contoh, untuk lokasi tempat makan yang dicadangkan oleh rakan, anda boleh secara terus sama ada Like atau Dislike dengan hantar reaksi dalam bentuk emoji.
Dan satu lagi ciri baru yang mencuri perhatian ramai dan akan digemari ramai adalah sokongan tag rakan-rakan di Facebook Messenger melalui apa yang dipanggil Facebook sebagai Mentions.
Ciri ini untuk permesejan berkumpulan, dan beroperasi sama seperti di WhatsApp, dimana anda hanya perlu menaip “@” dan nama cadangan rakan-rakan dalam kumpulan berkenaan akan dipaparkan. Seterusnya anda boleh menghantar mesej yang ditujukan kepada mereka dalam kumpulan permesejan berkenaan dan ia akan menghantar notifikasi khusus untuk pengguna berkenaan.
Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini untuk semua pengguna. Anda mungkin akan melihatnya pada kemaskini Messenger akan datang pada peranti mudah-alih anda.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8N3Vc✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment