Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thailand Belasah Barisan 8 Pemain Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thailand Belasah Barisan 8 Pemain Malaysia

SKUAD Bawah 22 (B22) tahun negara.

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 (B22) tahun negara mengalami kekalahan memalukan apabila dibelasah jiran serantau, Thailand 4-0 pada aksi kedua Kejohanan B23 Piala Dubai 2017 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebentar tadi.

Meskipun dilihat mampu memberi saingan pada awal permainan, layangan kad merah kepada penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-19 nyata mengubah rentak pasukan negara yang menyaksikan sepakan penalti disempurnakan Sittichok Kannoo untuk gol pembukaan Thailand.

Malaysia yang cuba bangkit akhirnya menerima satu lagi tamparan apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid turut dibuang padang pada minit ke-41, sekali gus memaksa skuad negara beraksi dengan sembilan pemain pada babak kedua.

Kesempatan beraksi menentang sembilan pemain dimanfaatkan sepenuhnya anak buah Srimaka, namun gol kedua hanya hadir 15 minit selepas babak kedua menerusi jaringan Sasalak Hariprakhon, sebelum Phitiwat Sookjitthumakul melebarkan jurang lima minit kemudian.

Bagaimanapun, pasukan negara sekali lagi kehilangan seorang pemain apabila kali ini, Ahmad Khairil Anuar dilayangkan kad merah pada minit ke-75 untuk mereka beraksi dengan lapan pemain ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Thailand yang terus bernafsu untuk memburu gol akhirnya beroleh gol keempat menerusi penyudah Tanasith Siripala pada minit ke-90 untuk membolehkan Thailand merakam rekod bersih dua kemenangan daripada dua perlawanan setakat ini.

Menerusi keputusan ini, anak buah Frank Bernhardt terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama selepas terikat 1-1 dengan China pada aksi pembukaan. Mereka berdepan Singapura, Ahad ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nVy2H0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.