Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mawi kembali atur nyanyian, lakonan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mawi kembali atur nyanyian, lakonan

FIGURA ini pernah mencipta satu fenomena tersendiri suatu ketika dahulu.

Dek kerana aura yang dimilikinya, jenama Mawi atau Mawi World cukup sinonim dengan sesiapa sahaja.

Bahkan ada sesetengah pihak melabelkan kehadiran Mawi sebagai gelombang ‘tsumawi’.

Namun itu kisah dahulu, kejayaan yang boleh dijadikan contoh, bagaimana seorang anak FELDA berjaya mencipta nama kerana sikap merendah diri dan bakat yang dimilikinya.

Seiring perkembangan dunia seni dan lambakan pendatang baru, nama Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, 36, semakin hilang daripada radar industri.

Bagaimanapun sejak tahun lepas, nama Mawi kembali menjadi perhatian selepas gandingannya bersama pengarah prolifik menerusi lagu Kalah Dalam Menang menjadi siulan ramai.

Mereka kemudiannya terus bergandingan menerusi lagu Propaganda yang juga runut bunyi filem Desolasi.

Dan terbaharu, trio ini akan bekerjasama menerusi filem terbaru arahan Syamsul, Munafik 2 dan mereka juga akan menyanyikan lagu runut bunyi filem berkenaan.

Meskipun pernah bergelar pengarah, namun ujar Mawi, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah.

“Sehingga kini saya rasa tak percaya apabila lagu Kalah Dalam Menang mendapat tempat tersendiri di hati pendengar.

“Atas kejayaan lagu itu juga menjadikan saya selesa bekerja dan berkawan dengan Syamsul.

“Oleh itu bila dia menawarkan saya untuk berlakon di dalam filem terbaru arahannya, saya lihat ia sebagai satu peluang.

“Walaupun saya pernah menjadi pengarah, namun itu bukan satu masalah untuk bekerja di bawah orang lain.

“Lagipun saya sudah selesa bekerja dengan Syamsul dan ia juga menjadi antara faktor utama saya menerima tawaran darinya,” jelasnya.

Mawi berkata, biarpun berdebar untuk kembali ke layar perak selepas kali terakhir berlakon tujuh tahun lalu, namun dia akan cuba membuat sebaik mungkin.

“Bulan lepas dia call saya dan beritahu mengenai hasratnya. Dia kata watak saya mula-mula kecil sahaja.

“Tapi bila dia dah kembangnya, banyak pula babak melibatkan saya. Tapi saya tak kisah walaupun gementar juga sebenarnya,” katanya.

Filem yang bakal menelan belanja RM2.5 juta itu membabitkan barisan pelakon lain seperti Maya Karin, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.

Selain berlakon, Mawi berkata, dia juga berhasrat untuk mengeluarkan single terbaru yang sebenarnya sudah beberapa kali tertangguh.

“Saya ada rakam sebuah single, tapi bila nak push lagu tersebut, datang tawaran lain.

“Bila plan nak keluarkan bulan ni, Syamsul datang dengan lagu baru.

“Tapi saya percaya ALLAH SWT sebaik-baik perancangan dan Insya-ALLAH kalau sudah sesuai saya akan keluarkan juga,” ujarnya.

The post Mawi kembali atur nyanyian, lakonan appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvH9Rt

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.