Kau Tahu Beza Hotdog, Sosej Dan Frankfurter? Ke Kau Tahu Makan Saja?
Orang kita, kalau dia rajin membaca dia akan faham ada beza antara hot dog (bukan anjing panas), sosej dan frankfurter.
Hot dog, yang banyak dijual di tepi jalan di New York atau kota lain di negara Uncle Sam, adalah sosej yang dihidangkan di dalam roti ban yang dibelah dua dan diletakkan sos mengikut pilihan citarasa.
Sosej pula adalah makanan yang dibuat dari daging kisar (lembu, ayam, babi atau sebagainya), diawetkan dan bila dihidangkan sebatang begitu sahaja atau dipotong-potong, tidaklah pula dikepit dengan roti ban belah dua.
Frankfurter pula, sejenis sosej yang berasal dari kota Frankfurt, Jerman sejak abad ke-13 dan dibuat hanya dari babi. Di Eropah sana, kalau sebut frankfurter tak lain tak bukan sosej babi yang mengikut resepi tradisi kota Frankfurt itulah. Jadi kalau ikut JAKIM punya pegangan, frankfurter ayam oleh Ayamas yang ada sijil halal tu pun boleh mengelirukan juga.
Tapi JAKIM tahu orang kita tak rajin membaca jadi mereka rasa nama frankfurter tak ada masalah berbanding nama Pretzel Dog. Atau mungkin JAKIM sendiri yang tak rajin membaca dan tak pernah tahu menatang frankfurter tu apa dia sebenarnya.
Jadi untuk menamakan Pretzel Dog kepada Pretzel Sausage atau Pretzel Frankfurter, bagi aku lah, adalah salah. Seumur hidup aku yang bukan chef, aku panggil hot dog bila benda tu datang berapit roti ban, dan aku panggil sosej kalau dia datang telanjang begitu sahaja. Tapi aku duduk kampung lah juga, bukan orang bandar pun. Cuma aku ada Ensiklopedia Brittanica 20 jilid.
Dalam kes Pretzel Dog, benda yang Auntie Anne’s duk jual tu ialah sosej yang dibalut oleh pretzel. Mereka tak namakan benda tu hot dog kerana atas faktor pemasaran, mestilah Auntie Anne’s nak popularkan pretzel, makanan jualan utama mereka. Dan Auntie Anne’s juga tahu untuk menamakan benda tu dengan perkataan ‘sausage’ atau frankfurter juga tidak tepat dari segi ilmu kulinari.
Di Malaysia yang anjing lebih kepada haiwan peliharaan dari menjadi haiwan makanan, terang-terang kita semua dah maklum bahawa Pretzel Dog itu bukanlah daging anjing kisar yang dijadikan sosej dan dibalut pretzel.
Dan bagi JAKIM pula, yang lebih risaukan andai perkataan ‘dog’ boleh mengelirukan (tanpa sedar maksud sebenar ‘frankfurter’) sepatutnya merujuk balik kepada Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Dalam tu ada disenaraikan maksud halal, dan persoalan sama ada nama turut memainkan peranan langsung tidak disebut.
Atau kalau tak mahu juga, nak aku bertanya kenapa 1901 Hot Dogs yang popular satu masa dahulu pernah diberikan sijil halal tapi tak pula disuruh tukar nama kepada 1901 Hot Beef atau 1901 Hot Chicken.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8sjwD✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment