Idris Puji Keputusan Annuar
KETUA Menteri, Datuk Seri Idris Haron. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MELAKA: Keputusan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 48 jam sebelum kongres berlangsung, Sabtu ini disifatkan sebagai terpuji.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Ir Idris Haron, berkata keputusan Annuar itu adalah yang terbaik sekali gus membuka peluang jalinan kerjasama untuk membangun bola sepak Malaysia di bawah pentadbiran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menurutnya, tindakan itu juga menjimatkan masa dan tenaga selain mampu membentuk semangat serta perpaduan yang harmoni untuk pembangunan bola sepak negara.
“Ini juga masa yang terbaik buat TMJ membuktikan peranan besarnya mencipta imej baharu bola sepak negara. Malah harapan rakyat Malaysia diyakini mampu direalisasikan dengan corak kepimpinan TMJ kelak.
“Apapun TMJ harus diberi masa merencana perancangannya dan sudah pasti kejayaan bukan mampu diraih sekelip mata, selain perlu disokong semua pihak,” katanya yang turut memberi ucapan tahniah kepada TMJ yang bakal menerajui FAM.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMkbFS✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment