Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga Emas Pengsan Dengar Keputusan Hakim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga Emas Pengsan Dengar Keputusan Hakim

Warga Emas Pengsan Dengar Keputusan Hakim|Seorang warga emas secara tiba-tiba pengsan di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini hari ini selepas mendengar hakim memutuskan rayuan hukuman terhadapnya kerana mencabul seorang pekerja lelaki di sebuah kafe, tiga tahun lalu.

Deraman Abu Chek, 60, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 30 Mei tahun lalu, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Bagaimanapun, penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dibenarkan sehingga rayuan dikemukakan dan didengar Mahkamah Tinggi.

Hakim, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid mengurangkan hukuman penjara kepada dua minggu dan menaikkan jumlah denda menjadi RM10,000.

Sebaik mendengar keputusan itu, Deraman yang juga seorang pesara di salah sebuah jabatan kerajaan secara tiba-tiba rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Berdasarkan pertuduhan, Deraman didapati memegang kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki di Aras Bawah Bangunan UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ishak Kari merayu mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada anak guamnya dan mengantikannya dengan jumlah denda kepada tertuduh.

Bagaimanapun, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Shazril Ghazali bertegas memohon mahkamah untuk mengekalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 30 Mei tahun lalu.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Siti Khadijah memutuskan hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000 sebelum keadaan mahkamah menjadi kecoh apabila OKT (orang kena tuduh) jatuh pengsan.

The post Warga Emas Pengsan Dengar Keputusan Hakim appeared first on Eberita.org.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nG7f4b

✍ Sumber : ☕ Eberita.org


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.