Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumpa rangka dalam rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumpa rangka dalam rumah

“Saya tak terkejut sebab pada awalnya menyangka ia replika rangka manusia,” demikian kata Azizul Apizi Mohd Johari, 49, ketika ditanya perasaannya setelah menemui rangka manusia dipercayai milik seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Tersusun Batu 8, di sini, kelmarin.

Azizul Apizi yang juga pekerja kontrak pembersihan kawasan rumah berkata, selepas melihat kejadian itu, dia keluar dari rumah berkenaan lantas memaklumkan kepada majikannya.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila seorang rakannya mahu menggunakan tandas di rumah itu.

“Apabila kami masuk (rumah), majikan saya nampak ada satu bilik terbuka dan ada cahaya malap melalui soket penyambung elektrik yang tak ditutup.

“Dia suruh saya tutup suis soket di bilik itu, apabila masuk saya terpandang rangka manusia, ingatkan replika tapi apabila panggil majikan, dia kata itu rangka manusia, “ katanya.

Rangka berkenaan ditemui terbaring atas lantai dengan beralaskan sebuah bantal, bersebelahan katil di bilik itu.

Sementara itu, majikannya, Yaacob Balli Jamaldin, 53, berkata, dia mendapat upah untuk membersihkan kawasan rumah itu daripada adik pemilik rumah berkenaan sejak kelmarin.

Katanya, penemuan rangka manusia itu berlaku secara kebetulan kerana dia tergerak hati untuk meletakkan peralatan kerja di dalam rumah itu sebelum keluar membawa pekerjanya untuk makan tengah hari.

“Dia (adik pemilik rumah) benarkan kami untuk masuk dalam rumah jika perlu dan kebetulan saya nak bawa mereka (pekerja) keluar makan tengah hari, jadi semua peralatan saya letak di dalam rumah ini dan masa itu juga ada pekerja yang nak menumpang buang air kecil, dari situ membuatkan saya ternampak cahaya soket penyambung pada satu bilik dan minta mereka untuk tutup (suis). Tiba-tiba, dia keluar dan terus ceritakan apa yang dia nampak,” katanya.

Jiran kepada pemilik rumah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Onon berkata, rumah itu didiami oleh seorang wanita selepas kematian ibunya kira-kira 20 tahun lalu.

“Saya tak kenal rapat dengan dia cuma sebelum ini pernah minta kebenaran untuk guna kawasan depan rumahnya bagi melangsungkan perkahwinan anak saya.

“Namun, tahun lepas apabila seorang anak saya nak kahwin, saya cuba minta kebenaran dia tapi hairan sebab lihat macam rumah tiada penghuni,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan penemuan rangka berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita sedang tunggu laporan daripada Jabatan Forensik untuk memastikan ia benar rangka manusia atau tidak,” katanya.

The post Jumpa rangka dalam rumah appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mY5OKD

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.