Isu Mara-Red Warriors: Saya Belum Dipanggil Untuk Siasatan – Annuar
KUALA LUMPUR: “Sehingga hari ini saya belum pernah dipanggil oleh sesiapa, kecuali yang saya pergi secara sukarela ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Demikian kata Tan Sri Annuar Musa berhubung siasatan salah guna kuasa melibatkan beliau dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Jelas pengerusi agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah itu, sehingga kini beliau tidak pernah dipanggil jawatankuasa audit dalaman berhubung kes tajaan Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk kelab bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).
“Sejauh mana siasatan itu saya tidak boleh jawab, sebab setakat ini saya tidak pernah dipanggil.
“Saya tidak tahu sama ada telah siap atau siasatan dilakukan tanpa saya, atau sebagainya.
Tambahnya, pendirian mengenai keperluan siasatan itu tidak berubah kerana menurutnya sebarang dakwaan, termasuk di media sosial mengenai keraguan masyarakat terhadap pemimpin, perlu dipandang serius.
“Prinsip saya mudah, kita tidak lakukan apa-apa kesalahan. Bila ada keraguan dalam masyarakat, termasuk posting di dalam media baharu, sebagai pemimpin bertanggungjawab kita mesti sedia disiasat,” kata Annuar lagi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nanMut✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment