Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beri Annuar Jawatan Dalam FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beri Annuar Jawatan Dalam FAM

TAN Sri Annuar Musa. – Foto Hafiz Sohaimi

KOTA BHARU: Kelab penyokong negeri ini berharap Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak meminggirkan Tan Sri Annuar Musa, sebaliknya memberinya peranan penting dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRWKB), Mohd Zainy Zain, berkata pihaknya percaya Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mampu membantu Tunku Ismail dalam memacu dan meningkatkan kembali mutu bola sepak negara.

“Jadi adalah lebih elok beliau (Annuar) dicadang mempunyai jawatan dalam FAM sekali gus dapat mempamerkan kematangan di antara pemimpin dalam menaik taraf bola sepak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Annuar membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan penarikan diri daripada pemilihan Presiden FAM, 48 jam sebelum detik penentuan Sabtu ini.

Beliau berkata, keputusan itu adalah penghormatan kepada Tunku Ismail untuk memimpin FAM, sekali gus melakar kecemerlangan dan memacu mutu bola sepak negara.

Mohd Zainy berkata perebutan antara Annuar dan Tunku Ismail adalah terlalu rumit kerana kedua-dua calon mempunyai potensi menjadi pemimpin tertinggi bola sepak negara.

“Namun beliau (Annuar Musa) melakukan keputusan berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXk3Q2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.