Lelaki Ambil Gambar 'Selfie Senyum' Dengan 3,000 Orang Asing Untuk Bina Keyakinan Diri & Sebar Positiviti
Seorang lelaki muda dari Chongqing menjadi sensasi internet apabila dia memuat naik fotonya berselfie dengan lebih 3,000 orang asing dalam masa sembilan bulan bagi meningkatkan keyakinan dir dan menyebarkan positiviti.
Mei Xiao, 23, berhijrah ke Hengdian, wilayah Zhejiang, pada Jun untuk mengejar impiannya menjadi seorang pelakon.
Bagaimanapun, dia tidak dapat sebarang tawaran untuk berlakon dalam mana-mana cerita biarpun sudah seminggu di sana.
Untuk mengumpan perhatian umum, Mei Xiao mula melakukan perkara pelik seperti berjogging sambil memakai pakaian aneh. Beberapa selepas itu, idea yang lebih baik mula menjengah fikirannya – berselfie dengan satu senyuman.
Apabila bertemu dengan orang asing, dia akan memberitahu impiannya dan bercerita tentang menyebarkan positiviti. Dia kemudian akan berselfie dengan orang asing itu.
Biarpun kadang-kadang permintaannya dipandang seorang oleh orang ramai, Mei Xiao sudah berjaya mengumpul lebih 3,000 selfie dengan pelbagai gaya.
Kini, dia masih lagi dengan misinya – untuk mengambil gambar selfie terbanyak untuk masuk ke Guiness World Record.
“Ada ungkapan mengatakan, orang yang banyak senyum akan bernasib baik, dan saya berharap impian saya akan jadi kenyataan satu hari nanti.
Bagaimanapun, tidak mudah bagi Mei Xiao memecahkan rekod Guiness dengan foto selfie terbanyak. Menurut Shanghaiist, seorang pemandu teksi di Shenyang mempunyai koleksi foto selfie dengan 30,000 orang penumpang.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8TjfC✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment