F1: Perez Terpaksa Kurangkan Berat Badan
PEMANDU F1 Force India, Sergio Perez. – Foto Reuters
MELBOURNE: Pemandu Formula 1 (F1) Sergio Perez bergelut dengan isu berat badan menjelang perlumbaan pembuka tirai musim di F1 Grand Prix Australia, selepas pasukan Force India memintanya meringankan berat badan bagi mengimbangi jentera yang agak berat.
“Saya berusaha keras untuk mengurangkan berat badan sejak beberapa minggu lalu selepas Barcelona (ujian),” kata pemandu 27 tahun itu, hari ini.
“Jelas berat badan saya bertambah sejak tahun lalu, disebabkan kerana latihan membina otot, tetapi saya menjaga pemakanan sejak minggu lalu dan masih mengamalkannya… kini setiap masa saya berlapar.”
Kebanyakan pemandu F1 perlu berusaha menambah kekuatan bahagian atas badan sepanjang musim sejuk lalu untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu yang akan mendedahkan mereka kepada lebih tekanan graviti atau G-force ketika mengambil selekoh bagi memastikan jentera mencatat masa lebih pantas.
Jentera F1 mempunyai had berat minimum musim ini, termasuk berat badan pemandu, tetapi tidak termasuk berat bahan api. Ia bertujuan memberi setiap kelebihan yang mungkin.
Rakan sepasukan Perez dari Perancis, Esteban Ocon berkata dia terpaksa menambah lima kilogram lagi sepanjang musim sejuk lalu, sama seperti kebanyakan pemandu pasukan lain.
Pada musim-musim sebelum ini, umum mengetahui setiap lima kilogram akan membuatkan jentera F1 0.2 saat lebih perlahan – satu jumlah yang cukup besar dalam sukan yang menitikberatkan kepantasan sehingga seribu per saat.
Perez berkata, dia dapat mengurangkan sehingga dua atau tiga kilogram berat badan sejak ujian berakhir dan menjangka akan dapat membina semula ototnya sebaik pasukan berpuas hati dengan daya saing jentera. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nrLkxa✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment