Hi! Welcome Back and Stay Tune! WikiLeaks Dedah Senjata Siber CIA Untuk Pengintipan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WikiLeaks Dedah Senjata Siber CIA Untuk Pengintipan

WASHINGTON: Kumpulan antikerahsiaan WikiLeaks pada Selasa menyiarkan ribuan dokumen perbincangan tertutup Agensi Perisikan Pusat (CIA) berkenaan teknik penggodaman yang digunakan selama bertahun-tahun dalam usaha pengintipan, sekali gus mencetus kebimbangan tentang keselamatan peralatan elektronik pengguna.

Transkrip dokumen itu menunjukkan penggodam CIA mampu menembusi sistem gajet seperti Iphone keluaran Apple Inc, android Google Inc dan gajet-gajet lain untuk mengakses pesanan teks dan suara sebelum dienkripsi dengan perisian sofistikated.

Ini termasuk menyasarkan perisian seperti Windows, android, iOS, OSX dan Linux.

CIA enggan memberikan sebarang komen tentang pendedahan tersebut, namun WikiLeaks mempunyai rekod mengenai pendedahan dokumen rahsia kerajaan.

Sekiranya dakwaan ini benar, ia dianggap bakal beri tamparan hebat kepada Agensi Perisikan Amerika Syarikat (AS), dan bakal menimbulkan persoalan kemampuan agensi risikan mengelak pelanggaran Akta Rahsia.

WikiLeaks diasaskan Julian Assange yang kini bersembunyi di Kedutaan Ecuador di London.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lW4GGb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.