Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banyaknya Kita ‘berhutang’ Dengan Anak Anak Kita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banyaknya Kita ‘berhutang’ Dengan Anak Anak Kita

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah, anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri. Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tidak diberitahu pasal surat tu pun tidak mengapa, fikirnya. Buat kena marah saja.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik.

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang menjemput.

Sudah hampir 9 jam dia tidak berjumpa dengan kedua ibu ayahnya, banyak perkara yang dia mahu kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka berasa semangat mahu bercerita dan bertanya itu dan ini. Mahu memberitahu dirinya dipuji pandai oleh guru, mahu diberitahu kotak pensil yang baru dibeli ibunya itu tadi dipuji oleh rakan-rakan sekelas.

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua mahu bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu di dapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri oleh ibunya.

Akhirnya, anak ini tertidur di dalam keadaan dia tertanya-tanya, adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Hampir setiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat?

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6vN29

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.