Pekebun Ditetak Senda Rakan Hidang Daging Biawak
Spread the love
MIRI – Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera di kepala setelah ditetak oleh rakannya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai, Niah di sini semalam.
Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata sebelum kejadian 9 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan suspek lelaki berusia 32 tahun minum minuman keras bersama-sama.
“Punca kejadian suspek marah dengan mangsa, selepas mangsa mempersendakan hidangan masakan biawak yang dihidangkan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek hanya menetak sekali ke arah kepala mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa mendapat kecederaan ringan.
Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar.
Khoo berkata suspek ditahan 5.30 petang semalam dan polis turut merampas sebilah parang sepanjang 33 sentimeter. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment