Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gaum Yakin Malaysia Guna Pendekatan Diplomasi Selesai Konflik Dengan Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gaum Yakin Malaysia Guna Pendekatan Diplomasi Selesai Konflik Dengan Korea Utara

KOTA KINABALU: Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) yakin kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan pendekatan diplomasi bagi menyelesaikan konflik antara Malaysia dan Korea Utara.

Sehubungan itu, Pengerusi Gaum Datuk Zulkarnain Mahdar berkata persepsi negatif kalangan sesetengah masyarakat kononnya akan berlaku perang antara kedua-dua negara perlu ditepis.

“Tidak mungkin perkara seperti itu (perang) akan berlaku memandangkan Malaysia masih mempunyai sejarah sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara, termasuk keakraban hubungan diplomatik dengan negara China iaitu sekutu kuat Korea Utara sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Gaum juga menganggap cadangan sesetengah pemimpin pembangkang untuk meminta bantuan daripada pihak luar adalah tidak sesuai dan tidak perlu kerana kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan konflik itu.

“Apa yang penting semua rakyat Malaysia seharusnya bersolidariti tanpa mengira fahaman politik, berdoa semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan aman,” tambahnya.

Hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang terjejas susulan siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas, sebelum beliau berlepas ke Macau.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6AB7C

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.