Pernah Nampak Kedai Boost Juice Ni Tak? Inilah Ownernya Yg Buat Ramai TERPANA !!!
Pernah Nampak Kedai Boost Juice Ni Tak? Inilah Ownernya Yg Buat Ramai TERPANA !!! | Wanita jelita ini merupakan pemegang ijazah doktor falsafah dalam kejuruteraan kimia. Punya kerjaya baik di firma Management Consultant iaitu Accenture yang berpengkalan di London. Namun rezeki Dr. Soraya Rahim Ismail terbentang luas dalam lapangan yang cukup berbeza. Malah kerjaya sebagai usahawan atau lebih tepat pemilik francais Boost Juice Bars di Malaysia, Brunei dan Singapura berlaku tanpa dirancang.
“Sebelum ini saya berkhidmat selama 10 tahun di sebuah firma Management Consultant iaitu Accenture yang berpengkalan di London. Di atas tiket kerja, saya dan suami, Nick Tiernan, selalu merantau ke seluruh dunia. Pada tahun 2005, saya ditugaskan ke Melbourne, Australia dan di situlah titik perkenalan pertama dengan Boost Juice Bars.
“Boleh dikatakan setiap hari di Melbourne saya menikmati jus ini. Malah kerana ia selalu ada berdekatan, maka saya tertarik untuk mengenali jenama ini dengan lebih dekat. Rupanya diasaskan oleh seorang ibu berkerjaya, Janine Allis pada tahun 2000.
“Niatnya hanya satu. Untuk meningkatkan gaya hidup sihat melalui produk berkonsepkan minuman jus segar secara on the go. Maka berbekalkan falsafah ‘Love Life’, beliau menerokai pasaran bar jus buah segar dan smoothies ke seluruh Australia dan kini berjaya menjelajah ke 17 buah negara lain.
“Pada waktu Boost Juice menyatakan hasrat untuk melebarkan sayap ke luar negara, saya didatangi idea untuk menjalankan perniagaan sendiri. Ya, mengapa tidak? Kebetulan pula kesedaran terhadap penjagaan kesihatan sedang popular ketika itu.
“Ramai orang teruja mendaftar keahlian gim dan saya sendiri pun seorang pencinta kesihatan. Maka saya berbincang dengan suami dan akhirnya, kami setuju melabur sebagai rakan francais di Malaysia, Brunei dan Singapura,” cerita wanita berusia 43 tahun itu tentang detik awalnya meninggalkan dunia korporat.
Bersumberkan modal perniagaan berjumlah RM1 juta dari kocek sendiri, Dr. Soraya dan suami gigih meneliti pasaran untuk bertapak di Malaysia. Kebetulan, beliau pula hamil anak pertama sewaktu cawangan pertama Boost Juice Bars dibuka di Suria KLCC pada bulan Jun 2009.
“Saya bangga dapat kembali ke Malaysia bersama Boost Juice selepas 20 tahun tinggal di luar negara. Saya yakin dapat memperkenalkan alternatif sihat kepada produk minuman segera sambil membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.”
Tujuh tahun berlalu bisnesnya kini sedang melalui fasa pertumbuhan yang pesat. Boost Juice Bars di Malaysia kini sudah mencapai 64 cawangan dengan yang terbaru dibuka adalah di The Spring, Kuching; di stesen minyak Shell, Kuchai Lama; dan pusat membeli belah laza Low Yat, Bukit Bintang.
Selain Boost Juice Bars, Dr. Soraya juga melebar sayap dalam perniagaan lain. Dia baru menubuhkan rangkaian London Sandwich Co (LSC) yang menyajikan hidangan enak dan kopi artisan.
“Buat masa ini, LSC sudah bertapak di Suria KLCC, Nu Sentral dan Taman Desa. Kami masih lagi ‘hijau’ dalam perniagaan kedai kopi seperti ini. Masih banyak yang sedang dipelajari, namun saya berharap ia bakal sukses suatu hari nanti. Saya juga berharap agar Boost Juice Bars di Malaysia mampu terkenal sebagaimana masyarakat mengingati jenama kedai kopi seperti Starbucks,” ungkapnya.
Sumber: (Petikan dari majalah Nona) via Syahril Kadir
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post Pernah Nampak Kedai Boost Juice Ni Tak? Inilah Ownernya Yg Buat Ramai TERPANA !!! appeared first on SAYALUVISLAM.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m4G9Qc✍ Sumber : ☕ SAYALUVISLAM
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment