Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harris Harun Terpaksa Tunggu 3 Bulan Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harris Harun Terpaksa Tunggu 3 Bulan Lagi

PEMAIN tengah JDT, Harris Harun (kanan). – Foto Farizul Hafiz Awang

KUALA LUMPUR: Impian pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Harris Harun untuk beraksi di Sepanyol masih tidak kesampaian selepas pasukannya, CE L’Hospitalet berdepan masalah tanggungan cukai sehingga gagal untuk mendaftarkan pemain baharu.

Perkembangan terbabit diumumkan Pengarah Sukan pasukan Harimau Selatan, Alistair Edwards.

Edwards menjelaskan, pasukan yang beraksi dalam divisyen tiga Liga Sepanyol itu perlu menjelaskan masalah terbabit terlebih dulu sebelum boleh menandatangani pemain baharu.

“Tanggungan cukai terbabit akan diselesaikan dalam tempoh terdekat, jadi Harris akan menyertai pasukan baharu itu secara rasmi pada permulaan latihan pra musim Jun ini.

“Buat masa ini, dia akan menyertai pasukan Liga Singapura, Home United FC secara pinjaman daripada JDT sehingga jendela perpindahan Eropah dibuka Jun ini.

“Terima kasih kepada Home United Football Club kerana profesionalisme dan pendekatan kerjasama dalam memastikan Hariss kekal dalam persekitaran yang cemerlang untuk kebaikan pemain itu, JDT, Home United FC dan pasukan kebangsaan Singapura,” katanya menerusi laman sosial rasmi Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Kelab berpangkalan di Hospitalet de Llobregat itu beraksi dalam dividyen tiga dan ketika ini menghuni tangga ke-16 selepas meraih lapan kemenangan dan tujuh seri untuk menghimpun 31 mata.

Antara pemain ternama yang pernah beraksi bersama pasukan terbabit termasuklah Felipe Mesones, Jaime Ramírez dan Ivan Salvador.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmXe8I

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.