Seluruh England: Chong Wei Mara Ke Suku Akhir
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei. – Foto Owee Ah Chun
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menampakkan sebarang tanda dia bergelut dengan kecederaan lutut sepanjang tempoh sebulan lalu, apabila mempamer aksi cemerlang untuk mara ke suku akhir Seluruh England, sebentar tadi.
Walaupun lutut masih berbalut, Chong Wei membuktikan keputusan untuk beraksi pada kejohanan kali ini adalah tepat apabila mengetepikan cabaran pemain Taiwan, Wang Tzu Wei.
Chong Wei menang 21-18, 21-18 dalam aksi pusingan kedua di Arena Barclaycard, Birmingham.
Pemain nombor satu dunia itu yang memburu gelaran keempat Seluruh England akan bertemu pemenang perlawanan antara pemain China, Tian Houwei dengan H S Prannoy dari India, bagi perebutan tempat ke separuh akhir, esok.
Sebagai rekod, Chong Wei merangkul gelaran juara Seluruh England pada 2010, 2011 dan 2014.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lHnGx2✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment