Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aiman Tino Bakal Miliki Kereta Audi R8 RM1 Juta! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aiman Tino Bakal Miliki Kereta Audi R8 RM1 Juta!


Pada:
Khamis, 9 Mac 2017
Aiman Tino,
Audi,
Berita Artis,
Duta Produk,
Kereta,
Penyanyi,

Aiman Tino bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta sebagai pembakar semangat daripada syarikat Wonder Glow di atas kerjasama strategik mereka menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

Katanya, pemberian kenderaan mewah terbabit dianggap sebagai jentera pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosi dan memperkasakan jenama barangannya sendiri.

“Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini,” kata Aimana selepas pelancaran Aiman Sweet semalam.

Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat menyediakan khidmat pemandu buat sementara waktu hingga penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengambil lesen penuh dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Datuk Ryzal Jamaludin, berkata Aiman dan syarikat pengurusan penyanyi muda itu tidak mengetahui mengenai pemberian kenderaan berkenaan.

“Ketika memeterai perjanjian awal, memang tiada disebut pun soal kenderaan mewah. Sebagai mentornya, saya nampak kesungguhan Aiman dan beliau juga dilihat sebagai ikon remaja.

“Penggunaan kenderaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat anak muda lain untuk bergiat cergas dalam perniagaan.

“Sebenarnya, sejak syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ini beroperasi, kira-kira enam tahun lalu, kami pernah menyerahkan beberapa kenderaan mewah lain kepada jutawan kami, termasuk Lamborghini,” kata Datuk Ryzal memetik BharianOnline.


Tag

:

Aiman Tino

,

Audi

,

Berita Artis

,

Duta Produk

,

Kereta

,

Penyanyi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlEXZL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.