Hi! Welcome Back and Stay Tune! MWC 2017 : Hisense Rock – Peranti Tahan Lasak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MWC 2017 : Hisense Rock – Peranti Tahan Lasak

Acara Mobile World Congress sering memperlihatkan peranti-peranti baru yang canggih. Kesemuanya dilengkapi ciri-ciri yang pastinya menarik minat ramai pengguna yang menunggu sahaja untuk mengosongkan akaun bank mereka.

Salah satu peranti pintar yang menarik minat kami di acara tersebut ialah Hisense Rock. Tidak seperti peranti-peranti yang premium seperti LG G6, Huawei P10 dan Sony Xperia XZ Premium, peranti ini hanya mempunyai spesifikasi kelas pertengahan. Sungguhpun begitu ia mempunyai suatu kelebihan berbanding peranti-peranti yang lain iaitu daya ketahanan lasak yang agak luar biasa.

Spesifikasi

Hisense Rock hadir dengan skrin paparan bersaiz 5.2 inci, dengan resolusi HD penuh 1920×1080 pixel, dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 430, memori sebanyak 3GB dan storan 32GB yang boleh ditambahkan sehingga 128GB melalui penggunaan kad MikroSD.

Hisense Rock
Skrin 5.2″ LCD 1920×1080 pixel
Pemproses Qualcomm Snapdragon 430
Cip Grafik Adreno 505
RAM 3 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama 15 Megapixel
Kamera Depan 5 Megapixel
Bateri 3000 mAh (Tidak boleh tanggal)
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano (Talam Hibrid)
NFC Tiada
Infra Merah Tiada
Bicu Audio Ya

Dari segi kamera pula, peranti Hisense Rock ini mempunyai kamera utama 16MP dan juga kamera hadapan 5MP. Tidak seperti kebanyakan peranti yang lain yang dilengkapi kamera berspesifikasi lebih tinggi, kamera yang dilekatkan di bahagian depan dan belakang peranti ini hanyalah untuk mencukupkan syarat supaya ia layak dipanggil peranti pintar.

Di sisi kiri peranti terdapat butang kuasa, butang suara dan juga butang khusus untuk melancarkan kamera.

Dalam pada itu, Hisense Rock ini juga dilengkapi dengan bateri sebesar 3000mAh yang menggunakan port MikroUSB untuk pengecasan. Sayang sekali, peranti ini tidak menyokong sebarang teknologi pengecasan pantas. Menurut jurucakap Hisense, pengecasan daripada 0-100 peratus tidak akan mengambil masa terlalu lama dan peranti dapat bertahan agak lama kerana pemproses Snapdragon 430 yang tidak memakan bateri terlalu cepat.

Salah satu masalah dengan peranti berspesifikasi pertengahan ini ialah perisian sistem operasi yang digunakan selalunya satu atau dua generasi ke belakang. Berita baik di sini ialah Hisense Rock menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nouga. Ini adalah petanda yang sangat baik, kerana sistem operasi ini hadir dengan beberapa fungsi-fungsi terkini seperti split-screen dan kemaskini keselamatan yang agak kerap.

Rekabentuk

Apabila kami meminta jurucakap Hisense untuk memberi demonstrasi untuk, perkara pertama yang dilakukannya ialah membalingnya ke udara dan membiarkannya jatuh ke lantai. Walaupun peranti tersebut terjatuh di atas platform kayu, tiada sebarang kecacatan ataupun calar yang dapat dilihat.

Meskipun peranti Hisense Rock ini sebuah peranti yang tahan lasak, anda hanya akan menyedarinya apabila anda memegangnya. Rekabentuk peranti ini tidaklah begitu menonjol tidak seperti telefon pintar yang mempunyai daya ketahanan yang sama seperti Samsung Galaxy S6 Active.

Apabila dilihat dengan lebih dekat, sisi kiri, kanan atas dan bawah peranti ini dilitupi oleh jalur yang diperbuat daripada getah yang menyerap hentakan apabila peranti terjatuh. Penutup belakang peranti ini juga kelihatan seakan diperbuat daripada gentian karbon tetapi kami mengesyaki ia hanyalah komposit plastik dan getah yang lebih tahan lasak berbanding biasa. Kami juga merasakan bahawa gabungan jalur getah dan penutup belakang ini membantu pengguna menggenggam telefon dengan lebih selamat sekaligus mengurangkan risiko telefon terjatuh.

Selain daripada itu, peranti Hisense Rock ini juga disahkan mempunyai ketahanan kalis air dan debu memenuhi piawaian IP68. Hisense Rock boleh dibenamkan ke dalam air selama 30 minit sebelum ia mengalami kerosakan kekal.

Antaramuka

Sebagai sebuah peranti kelas pertengahan, Hisense Rock ini mempunyai rekaan antaramuka pelancar yang serupa dengan jenama-jenama dari negara China yang lain seperti Huawei dan Oppo. Sewaktu kami membelek telefon ini, kami dapati bahawa ia tidak mempunyai talam aplikasi dan nampaknya tiada pilihan untuk mengaktifkannya.

Dari segi fungsi pula, peranti Hisense Rock ini mempunyai dua butang yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Salah satu daripadanya ialah butang menaikkan kelantangan bunyi dan anda boleh menekan butang ini dua kali untuk menghidupkan fungsi lampu suluh.

Kedua ialah butang kamera, yang boleh digunakan untuk mengaktifkan pelbagai fungsi-fungsi lain, termasuklah fungsi kamera. Butang kuasa telefon ini juga boleh digunakan untuk mengakhiri panggilan tanpa perlu menekan butang di skrin.

Telefon ini juga mempunyai Eye Protection Mode yang mengurangkan kecerahan skrin dan mengubah sedikit warna skrin supaya mata tidak begitu sakit apabila memandang skrin buat masa yang lama.

Kesimpulan

Peranti Hisense Rock ini merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang sesuai untuk mereka yang kerap menjatuhkan telefon mereka secara tidak sengaja. Ditambah pula dengan pengesahan IP68, anda juga tidak perlu risau tentang telefon ini dimasuki air ataupun debu. Sebarang aktiviti lasak dapat dilakukan tanpa sebarang kerisauan.

Buat masa ini, pihak Hisense masih belum memberikan sebarang kata putus tentang tarikh pelancaran dan juga harga peranti ini. Pembuat peranti daripada China tersebut masih belum pernah membawa masuk sebarang peranti pintar ke Malaysia. Tetapi jika mereka mempunyai sebarang pelan untuk memasuki pasaran tempatan, kami pasti bahawa Hisense Rock ini akan diminati ramai.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlTJ2F



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.