Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Maklumat Jumlah Perisik Asing Di Malaysia – KDN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Maklumat Jumlah Perisik Asing Di Malaysia – KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah ejen perisik asing di negara ini.

KDN berkata ini memandangkan tiada negara asing mengisytiharkan ejen perisikan mereka kepada Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian melalui cawangan khas PDRM akan mempertingkatkan lagi usaha untuk mengumpul maklumat risikan bagi menentukan tiada lagi kejadian seperti pembunuhan warga Korea Utara di negara ini, kata kementerian dalam satu jawapan bertulis diedarkan di Parlimen.

Ia sebagai menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang ingin tahu jumlah ejen asing di Malaysia dan status terkini kes pembunuhan warga Korea Utara baru-baru ini.

KDN tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berkaitan perkara ini kerana masih di peringkat siasatan dan dikhuatiri boleh mengganggu siasatan yang dijalankan, menurut jawapan bertulis itu.

Warga Korea Utara Kim Chol dilaporkan dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb. Media banyak melaporkan Kim Chol sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mKig3U

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.