Bilal Meninggal Dunia Selepas Azan
AZMI menunjukkan tempat bilal surau, Abdul Wahid duduk sebelum rebah dan meninggal dunia, semalam.
BUKIT MERTAJAM: Seorang kontraktor meninggal dunia ketika mahu melaungkan iqamat pada waktu solat Maghrib di Surau Mohamed Al Fatih, Taman Pauh Indah, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, Abdul Wahid Abdul Alim, 49, yang juga bilal di surau berkenaan baru selesai melaungkan azan dan menunaikan solat sunat dua rakaat.
Bagaimanapun, ketika menuju ke saf hadapan untuk melaungkan iqamat, beliau tiba-tiba pitam dan tersembam jatuh di lantai ruang solat surau itu.
Imam Surau Mohamed Al Fatih, Azmi Husain, 70, berkata jemaah yang menyaksikan kejadian itu menjadi panik dan cuba membantu memberi bantuan kecemasan sebelum menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.
“Ketika itu, semua jemaah sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib selepas Abdul Wahid selesai melaungkan iqamat.
“Kami terkejut apabila dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri serta disahkan meninggal ketika pemeriksaan kakitangan perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ,” katanya ketika ditemui hari ini.
Jenazah Abdul Wahid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Timah di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi selepas mayatnya dituntut ahli keluarga di HSJ malan tadi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2LdDA✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment