Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bell FCX-001 – Helikopter Konsep Dengan Juruterbang Kecerdasan Buatan Dan Enjin Hibrid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bell FCX-001 – Helikopter Konsep Dengan Juruterbang Kecerdasan Buatan Dan Enjin Hibrid

Kebanyakan inovasi pada kenderaan kini dilihat pada kereta. Kereta elektrik dengan pemanduan automatik kini sudah menjadi realiti tetapi ia masih belum wujud pada pesawat udara. Bell FCX-001 ialah helikopter konsep yang diperlihatkan oleh Bell di pameran Heli-Expo 2017.

Helikopter ini menggunakan enjin hibrid bahan api fosil dan elektrik. Bilah utama yang menghasilkan apungan menunggunkan bahan api fosil manakala sistem daya kilas terbina pada ekor menggunakan motor elektrik. Hanya seorang juruterbang manusia diperlukan untuk mengendali FCX-001. Kokpit tidak mempunyai sebarang meter fizikal. Ia digantikan sistem paparan AR yang dipakai pada kepala juruterbang

Pemandu juruterbang kecerdasan buatan akan membantu juruterbang apabila diperlukan. Secara teori FCX-001 boleh terbang tanpa juruterbang manusia. Selain itu bilah kipas utama helikopter ini boleh berubah bentuk mengikut keperluan. Akhir sekali bahan binaan yang lestari digunakan bagi mengurangkan impak pencemaran ketika pengilangan. Bell tiada perancangan masa dekat untuk menjadikan konsep ini sebagai helikopter sebenar.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDWiyX



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.