Xiaomi Menawarkan Kasut Pintar Yang Mengintegrasikan Teknologi Intel
Xiaomi sebelum ini pernah bekerjasama dengan pengeluar peralatan sukan Li-Ning untuk hadir dengan kasut larian pintar. Hari ini, mereka sekali lagi hadir dengan penawaran sebuah kasut pintar – tetapi melalui syarikat dibawah ekosistem mereka.
Dinamakan sebagai “90 Minutes Ultra Smart Sportswear” – membawakan rekaan kasut sukan dan kelihatan seperti biasa. Tetapi, ia mengintegrasikan sokongan cip Intel Curie padanya.
Melalui cip ini, ia membolehkan pengguna menyimpan data ketika mereka bersenam, berlari dan sebagainya – sekaligus membolehkan data berkenaan digunakan untuk menganalisa pelbagai perkara dan mengetahui tahap kecergasan anda. Ia hanya sebesar saiz butang sahaja, dan boleh beroperasi selama 60 hari dengan sekali pengecasan.
Xiaomi menawarkan kasut larian ini hanya untuk pasaran China, dan ia lebih ditujukan kepada atlet dan pelari profesional. Di China, Xiaomi menjualnya pada harga 299 Yuan iaitu sekitar RM193.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmtrNq✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment