Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Memerlukan Polisi Proaktif, Bukan Reaktif – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Memerlukan Polisi Proaktif, Bukan Reaktif – PM Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada dalam ekonomi yang memerlukan perubahan struktural, dan sehubungan itu polisi-polisi negara tidak boleh reaktif tetapi perlu bersifat proaktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata untuk Malaysia terus kekal berdaya saing, negara memerlukan infrastruktur dan pelaburan dalam modal insan.

“Kita perlu mengorak langkah untuk meningkat naik dalam nilai rantaian dengan menyasarkan kepada perkhidmatan dan pendapatan lebih tinggi untuk rakyat,” katanya dalam catatan terbaru di laman blog, www.najibrazak.com.

Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai sesi konsultasi bersama para akademik fakulti ekonomi dan perniagaan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia yang diadakan di bangunan Parlimen, pagi tadi.

“Kesemua yang hadir adalah pakar yang mempunyai analisis mendalam mengenai ekonomi Malaysia, dan pandangan daripada mereka berupaya membantu kita bergerak maju ke hadapan sebagai sebuah negara menghadapi dunia yang makin pesat berkembang.

“Banyak pendapat dan idea yang telah diutarakan, dan saya ambil perhatian semuanya. Saya terima baik pandangan kritikal mengenai ekonomi kita terutama dari segi perkhidmatan, di mana kita masih lagi di takuk perkhidmatan nilai rendah, atau low value services,” katanya.

Najib berkata antara perkara lain, pakar akademik dari Universiti Malaya menyatakan statistik dan kebimbangan mengenai masyarakat yang semakin tua yang akan membawa kesan kepada bekalan tenaga buruh dan juga industri seperti kesihatan dan sebagainya.

“Bercakap mengenai kesihatan, pakar dari (universiti) UCSI menyatakan bahawa kita perlu memandang kepada kenaikan kos penjagaan kesihatan, implikasi daripada rakyat Malaysia kini yang kurang menjaga kesihatan, salah satu indikasinya adalah kadar obesiti negara yang telah meningkat.

“Pada masa sama, pakar ekonomi dari UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) menyuarakan pendapat pentingnya buat kita memberi perhatian kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta mengetengahkan mereka kepada skil teknikal dan vokasional,” katanya.

Katanya, ada juga yang menyentuh mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menyatakan bahawa kita perlu mula membayangkan bagaimana dan di mana Malaysia yang ingin kita lihat pada 2050.

“Kesemua pandangan dan idea yang telah dikemukakan ini bernas belaka, dan adalah sebab mengapa saya lancarkan TN50.

“Ia akan mengambil masa yang lama, mungkin satu atau dua generasi akan datang, untuk melihat perancangan kita mencapai hasil yang diinginkan. Kerana itulah kita perlu bertindak sekarang,” kata Najib.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lHHWi2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.