Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaidatul Teruja Lebur Rekod Shanti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaidatul Teruja Lebur Rekod Shanti

WANITA terpantas Malaysia, Zaidatul Husniah Zulkifli. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Wanita terpantas Malaysia, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengakui gembira dan teruja selepas kerja kerasnya sejak sekian lama untuk meleburkan rekod kebangsaan acara 100 meter milik bekas ratu pecut negara, G Shanti akhirnya tercapai.

Atlet berusia 24 tahun yang beraksi di Sukan Olimpik Rio, Brazil 2016 itu merakamkan 11.45 saat (s) pada Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan, pagi tadi, sekali gus memadamkan catatan 11.50s yang dicipta Shanti dalam Kejohanan Pra Sukan SEA Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya yang menggunakan nama ‘adeqpitcher’, Zaidatul Husniah turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, M Balamurugan, jurulatih di Afrika Selatan, Morne Nagel, kakak kembar, Zaidatul Husna Zulkifli, ibu bapa dan rakan atlet.

“Alhamdulillah, selesai perlumbaan pada hari ini. Selepas sekian lama akhirnya berjaya memperbaharui rekod peribadi terbaik dan memecahkan rekod kebangsaan dipegang G Shanti 11.5s. Rekod ini dipegang beliau sejak 1993.

“Tahniah juga diucapkan kepada rakan sepasukan kerana melakukan yang terbaik juga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, M Balamurugan kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dan juga kepada jurulatih Morne, yang melatih kami di sini (Afrika Selatan) dan memberikan pengalaman baharu.

“Di samping itu, terima kasih kepada ibu bapa terutamanya ayah saya yang sentiasa memberikan sokongan dan kembar saya juga @usnazulkifli kerana sentiasa bersama saya.

“Akhir sekali, kepada semua rakan saya di Malaysia @shereen_sher19@piejamazlan91@komzkomalam@tim_sprinter. Zaidatul Husniah dan 10 lagi atlet lain berada di Afrika Selatan bagi menjalani latihan dan pertandingan sebagai persiapan menjelang temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur, Ogos ini.”

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mIUK7a

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.