Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau Susah Sangat, Lupakan – Azzuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau Susah Sangat, Lupakan – Azzuddin

SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Seri Azzuddin Ahmad. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Harimau Malaysia wajar menarik diri jika Korea Utara terus berkeras melangsungkan aksi pembukaan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang.

Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, berkata keputusan itu tepat jika dinilai kepada situasi semasa.

“Ini soal keselamatan. Daripada situasi semasa, saya berpendapat aksi ini memang patut dilangsungkan di gelanggang berkecuali.

“Namun jika mereka berkeras bermain di Pyongyang, keputusan wajar juga untuk Harimau Malaysia menarik diri daripada perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan tidak membenarkan Harimau Malaysia ke Pyongyang bagi menghadapi aksi itu dengan alasan faktor keselamatan berikutan konflik yang berlaku membabitkan kedua-dua negara ketika ini.

Untuk itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu jawapan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai permohonan untuk mengadakan perlawanan itu di gelanggang berkecuali yang akan diketahui dalam tempoh terdekat ini.

Walaupun membabitkan negara di bawah naungan AFF, Azzuddin menegaskan pihaknya tidak berhak untuk membayangi sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh AFC.

Namun bekas Setiausaha Agung FAM itu menyambut baik cadangan badan induk bola sepak negara untuk turut mengadakan aksi timbal balik, 14 November ini di gelanggang berkecuali.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFNhGA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.