Fungsi Google Assistant Mula Hadir Untuk Pengguna Peranti Android Tempatan
Google pada minggu lepas telah mengumumkan penawaran fungsi pembantu pintar mereka, Google Assistant untuk semua pengguna Android yang menjalankan sistem operasi Android Marshmallow dan Android Nougat. Kini, fungsi berkenaan telah mula hadir untuk pengguna di Malaysia.
Melalui fungsi Google Assistant memudahkan anda menemui dan mengetahui pelbagai perkara yang dioptimasikan khusus untuk anda. Anda boleh bertanyakan sebarang persoalan, seperti mengetahui agenda harian mengikut kalendar, bertanyakan mengenai perjalanan, atau sebarang soalan melaluinya. Google sendiri mengatakan ia berfungsi sebagai sebuah Google peribadi untuk anda yang menjawab pelbagai pertanyaan khusus untuk anda.
Google Assistant ini ditawarkan kepada pengguna yang menetapkan telefon pintar mereka untuk beroperasi dibawah bahasa English (US) sahaja buat masa ini.
Anda boleh menyemak kemaskini di Play Store hari ini, dan ia mungkin hadir ke peranti anda dalam masa beberapa hari lagi. Untuk menyemak sama ada peranti anda telah menerimanya atau tidak, anda hanya perlu menekan butang Home pada telefon pintar anda untuk seketika – sama seperti mengakses Google Now sebelum ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m25RUI✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment