Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengurus PSG Kecewa Dengan Keputusan Pengadil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengurus PSG Kecewa Dengan Keputusan Pengadil

Emery turns away as Barcelona celebrate their late comeback at the Nou Camp on WednesdayUnai Emery meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengadil, Deniz Aytekin, selepas Barcelona menghasilkan kebangkitan dramatik untuk menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Aksi pertama pusingan 16 menjadi milik PSG dengan kemenangan 4-0 dan ketika Barca sedang mendahului 3-0, Cavani berjaya meledak gol di tempat lawan, sekaligus bermakna pasukan tuan rumah memerlukan tiga gol untuk mara.

Bagaimanapun, dua gol oleh Neymar dan gol kemenangan oleh Sergi Roberto mengesahkan kebangkitan Barcelona dalam aksi kedua untuk menang 6-1, sekaligus mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 6-5.

Barca membuka tirai jaringan dengan sepakan penalti Lionel Messi, namun keputusan pengadil menjadi fokus kekecewaan Emery yang bertegas pengadil berat sebelah.

“Pengadil menganugerahkan dua sepakan penalti kepada mereka dan kami sepatutnya mendapat satu sepakan penalti,” katanya.

“Kami sedar kami mampu memenangi perlawanan ini tetapi keputusan pengadil memberi kesukaran terhadap pasukan.

“Kami mendapat dua peluang keemasan melalui Angel Di Maria dan Cavani tetapi dalam lima minit terakhir, segala-galanya berlaku.

“Ketika membuat analisis, kami sedar kegagalan menyudahkan peluang adalah antara punca kami tewas.

“Dalam babak pertama, kami gagal memberi tekanan kepada Barcelona. Barisan pertahanan terlalu ke bawah sehingga membuka ruang kepada lawan untuk menyerang. Dua gol dalam babak pertama berpunca daripada kesilapan kami.

“Pemain saya lebih tenang memasuki babak kedua. Kami sepatutnya meledak gol kedua.

“Keputusan pengadil tidak menyebelahi kami dan di hujung perlawanan, kami kehilangan segala-galanya.

“Ini adalah pengalaman yang cukup negatif buat saya dan pasukan ini. Kami menerima pengajaran bermakna.”

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2LxSM

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.