The Elements: Apartment mewah pinggiran Kuala Lumpur
Korang masih belum beli rumah?
Kalau korang masih mencari hartanah yang sesuai dibuat sebagai aset atau pelaburan, baca perkongsian Tok kali ini.
The Elements atau The Elements @ Ampang di Ampang Hilir, satu lagi projek hartanah yang Tok rasa berbaloi untuk direview.
Apa yang Tok perasan projek ini sama dengan perkembangan GCB Court, Catalina Villa, dan Madge Residences.
Dibangunkan Elite Forward bersama Land & General (L&G) dan Mayland Group, terletak hampir dengan Kuala Lumpur.
Apa yang Tok tahu, Elements @ Ampang merupakan pangsapuri mewah 41 tingkat pada kedua bloknya.
Dua sayap bangunan itu pulak ada 1,040 unit dengan 4 lif. Sangat memudahkan bagi urusan angkut mengangkut nanti.
Setiap unit dibina dengan keluasan dari 520 kaki hingga 1,570 kaki persegi, termasuk unit studio dengan 3 bilik tidur.
Rambang mata pilih barang
Dikelilingi pusat membeli-belah popular seperti Suria KLCC, Pavilion, Great Eastern Mall dan juga Ampang Point, memang korang bernafsu nak shopping setiap hari.
Perjalanan pula, hanya ambil masa beberapa minit je. Korang dah boleh sampai ke destinasi yang nak dituju.
Bukan tu je. Korang jugak dapat menikmati kemudahan lain dengan mudah seperti kedai runcit, restoran, butik, pusat kesihatan, dan institusi pendidikan.
Hospital, sekolah, semua dekat-dekat belaka
Jangan risau kalau rasa jauh dari sekolah biasa. Dekat area sini ada banyak sekolah antarabangsa seperti Fairview, Sayfol, Kuala Lumpur dan Mutiara.
Pilih mana korang rasa sesuai dengan education anak, tak perlu nak menapak jauh pergi sekolah.
Bukan sekolah saja, pusat perubatan pun dekat dengan rumah korang.
Mesti korang kenal nama berikut:
- Pusat Perubatan Gleneagles Intan,
- Hospital Pakar Ampang Puteri,
- Hospital Pantai Indah,
- Hospital Ampang,
- Pusat Perubatan Ampang,
- Pusat Perubatan Prince Court.
Nak relax, tak payah dah panjat gunung
Tak sah kalau Tok tak cerita pasal fasiliti dekat sini kan. The Elements kemudahan dalam dan luar bangunan untuk mudahkan aktiviti korang.
Kalau nak wat majlis ringkas pun korang tak payah sakit kepala nak cari tempat sesuai. Sama ada korang nak buat dekat taman, dewan atau bar terbuka.
Lagi satu, kalau korang rasa nak tenangkan diri, tak payah nak panjat gunung atau pergi ke pulau. Kat sini pon ada bermacam kemudahan yang korang nak.
Nak relax, jom ikut Tok pergi dekat zon meditasi atau refleksologi. Bukan itu saja, gimnasium terapung, taman permainan, spa, sauna, jakuzi dan banyak lagi.
Korang dah tak payah pening kepala nak cari tempat nak lepas tekanan.
Easy access – Ikut mana-mana jalan yang anda suka
Duduk dekat dengan Kuala Lumpur, memang korang senang nak ke mana jer. Lokasi The Elements pulak memang strategik dan sangat mudah.
Korang boleh guna lebuh raya Lembah Klang, memang akan sampai ke sini.
Sama ada guna Jalan Tun Razak, AKLEH, DUKE, MRR2, Smart dan MAJU, semuanya akan menghala ke Ampang.
Tak nak guna kereta, korang boleh naik transit aliran ringan Putra dekat stesen Datuk Keramat dan Jelatek.
Maklumat The Elements
Alamat: Jalan Ampang Ulu, Ampang, Kuala Lumpur
Jumlah tingkat: 41
Jumlah unit: 1,040
Nama pemaju: Elite Forward (JV with L&G & Mayland)
Tarikh patut siap: December 2013 (anggaran)
Jenis: Serviced Residence
Tempoh pegangan: Freehold (Bebas)
Bilangan unit: 1,041
Keluasan Binaan (Build-up Size): 610 sf – 1,460 sf
Harga bermula: RM 435,000 (jual) & RM1,100 (sewa)
Yuran Penyelenggaraan: RM0.35 psf
Apakah kemudahan yang ada di The Elements?
- Gimnasium
- Lounge pelawat
- Taman permainan kanak-kanak
- Kolam randuk
- Taman mandian
- Bilik mainan
- Dewan majlis
- Dapur kecil
- Dewan makan rasmi
- Bar terbuka / kafe untuk parti
- Kolam infiniti
- Spa
- Sauna
- Jakuzi
- Kolam air panas
- Kawasan refleksologi
- Zon meditasi
- Dek pemandangan atas bumbung
- Sky garden
- Taman privasi atas bumbung
- Pavilion
- Kawasan rehat atas bumbung
- Broadband
- CCTV
- Sistem sekuriti 24 jam
—
Tok sangat berkenan dengan fasiliti yang disediakan dekat sini. Macam-macam ada.
Korang dah tak payah nak keluar cari dobi, spa, gim di luar. The Element sedia pelbagai kemudahan untuk korang.
Yang berminat tu, Tok cadangkan korang cari dekat link dekat bawah ini.
Tambahan lagi, korang tak perlu risau hadap jammed hari-hari sebab lokasinya dekat dengan pusat bandar.
The post The Elements: Apartment mewah pinggiran Kuala Lumpur appeared first on GilaHartanah.com.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n9aYnB✍ Sumber : ☕ GilaHartanah.com
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment