Hi! Welcome Back and Stay Tune! KKMM Terima Tiga Aduan Salah Laku Netizen Berhubung Isu Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KKMM Terima Tiga Aduan Salah Laku Netizen Berhubung Isu Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerima tiga aduan berkaitan salah laku pengguna media sosial atau ‘netizen’ yang mensensasikan isu diplomatik hubungan Malaysia dan Korea Utara.

Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan menyiasat kesemua aduan itu termasuk akaun Facebook yang menyebarkan gambar yang disunting berkaitan isu tersebut.

“Kita telah terima aduan dan sedang melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui Bernama di lobi Parlimen hari ini.

Jailani juga mengingatkan orang ramai terutama pengguna laman sosial supaya tidak menjadi “batu api” dengan menularkan bahan-bahan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam isu terkini.

“Sekarang kita tak mahu orang jadi macam ‘nasi tambah’ dalam isu ini… biarkan kerajaan dan pihak berkuasa uruskan.

“Jangan gunakan media sosial untuk tularkan benda bukan-bukan dan akan menimbulkan kemarahan ramai termasuk pihak Korea Utara,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mKnooE

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.