Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakak Lega Adik Selamat Di Pyongyang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakak Lega Adik Selamat Di Pyongyang

Spread the love

KUALA KANGSAR – Tiada yang lebih melegakan bagi seseorang kakak apabila mengetahui adiknya di Korea Utara berada dalam keadaan selamat.

S. Komala Theinmoli, 48, berkata perkhabaran gembira yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nasib 11 rakyat Malaysia di Pyongyang sesuatu yang dinantikan.

“Saya berasa lega kerana kerajaan Korea Utara memberi jaminan adik saya dan yang lain-lain selamat. Khabar ini memang kami nanti-nantikan,” kata kakak kepada pegawai tadbir di pejabat Kedutaan Malaysia di Korea Utara, S. Nirmala Malar Kodi, ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Highlands di sini hari ini.

Perdana menteri hari ini berkata kerajaan Korea Utara memberi jaminan kesemua 11 rakyat Malaysia di Pyongyang selamat dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya rakyat Malaysia masih belum dibenarkan meninggalkan negara itu.

Sehubungan itu, Komala yang merupakan peniaga di pasar awam di sini menaruh sepenuh harapan agar kerajaan dapat membawa pulang adiknya dan rakyat Malaysia yang lain dengan segera serta selamat.

“Saya percaya kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana,” katanya.

Menurut Komala adiknya ada menghubungi mereka pada malam Selasa lalu dan memberitahu dia serta semua rakyat Malaysia dalam keadaan selamat.

Sebelas rakyat Malaysia termasuk tiga pegawai kedutaan dihalang daripada meninggalkan Korea Utara sebagai tindak balas sejurus Malaysia mengusir keluar dutanya, Kang Chol selepas diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.

Namun dua rakyat Malaysia yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini telah selamat tiba di Beijing.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, dilaporkan secara meluas di media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2niyoGs

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.