Hi! Welcome Back and Stay Tune! Coleman Yakin Rantai Bale - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Coleman Yakin Rantai Bale

SEAMUS Coleman. – Foto AFP

DUBLIN: Seamus Coleman memberi amaran kepada bintang sensasi Wales, Gareth Bale betapa Republik Ireland mampu merantai pergerakannya menjelang pertembungan penting dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi Sabtu ini.

Benteng pertahanan Ireland dan Everton itu bertekad untuk tidak memberi tugas mudah kepada penyerang Real Madrid berkenaan dalam usahanya memainkan watak penting terhadap strategi pasukan pada perlawanan terbabit.

Selepas berjaya mengekang pergerakan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic pada kempen Euro 2016, Coleman yang juga kapten Ireland yakin mereka mampu melakukannya sekali lagi ke atas Bale.

“Kami adalah pasukan yang pernah bermain menentang pemain terbaik sebelum ini – saya masih ingat lagi ketika kami menentang Sweden, semua bercakap mengenai Zlatan dan tiada bezanya kali ini.

“Namun, kami fokus sepenuhnya terhadap tugas kami dan tidak sabar beraksi. Seperti yang saya katakan, kami ditanya soalan yang sama sepanjang musim panas mengenai segelintir pemain tetapi hakikatnya kamu ada 10 lagi pemain yang turut perlu diberi perhatian.

“Kami sedar dia (Bale) pemain bertaraf dunia dan kami perlu berhati-hati dan mengekang pergerakannya. Namun, kami tidak boleh terlalu fokus kepada Bale.

“Mereka turut dibarisi pemain yang baik dan kami perlu pastikan mereka juga bimbang dengan pasukan kami,” kata Coleman. – AFP

GARETH Bale (kiri). – Foto AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o96hKq

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.